MB Johor dakwa fitnah terhadap TMJ untuk cemar institusi raja
JOHOR BAHRU: Fitnah terhadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kononnya baginda terbabit rasuah RM20 juta adalah hasutan jahat dalam cubaan menjatuhkan institusi diraja.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata dakwaan fitnah tular di aplikasi WhatsApp itu adalah sikap yang tidak bertanggungjawab, biadap serta kurang ajar.
Katanya, fitnah itu antara lain menuduh Tunku Mahkota Ismail terbabit kes rasuah membabitkan Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin.
“Kerajaan Johor melihat fitnah ini adalah cubaan hasutan jahat dalam menjatuhkan institusi raja dan sikap yang tidak bertanggungjawab, biadap serta kurang ajar.
“Kerajaan negeri memandang serius terhadap perkara ini yang membabitkan institusi raja dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu-isu menggugat keharmonian dan kedaulatan negeri serta negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri telah membuat laporan polis berkaitan perkara itu.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit menyebarkan hasutan ini.
“Kerajaan Johor berharap isu ini tidak dipanjangkan sehingga menjejaskan kedaulatan institusi diraja, yang mampu mengancam keharmonian negeri dan negara serta kerukunan masyarakat pelbagai kaum,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Seks tanpa rela dengan 2 wanita Mongolia, bekas polis diarah bayar RM820k
- Bila TMJ pertikai pusingan U MFL, Sanusi tampil sokong Selangor FC
- Semoga Nora Danish dapat jodoh lelaki beriman
- JDT kena denda beratus ribu tak ada pula Sultan Johor keluarkan surat – TMJ
- Peja-Hamzah rebut timbalan presiden Bersatu, Azmin tekan ‘brek’?
- Selesaikan pergeseran Bung-Rahman di Sabah segera, Umno pusat diberitahu
- Waran tangkap Norjuma Habib dikeluarkan
- Apa masalah dengan Hassan ni?
- Hajat pesakit kanser meninggal dunia di Mekah jadi kenyataan
- Polis disyaki mabuk tunjuk ves bakal dikenakan tindakan (Video)
- Ibu Aliff Aziz pertikai netizen boikot Terjerat
- Pak guard sekolah komplot noda murid tingkatan 1 bersama dua remaja
- Bersatu patut jaga-jaga perbincangan ’PAS-kerajaan’- penganalisis
- Mahathir punca perpecahan orang Melayu – penganalisis
- Kau pakai mercedes ke apa ke peduli apa aku – Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)
Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup
Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah
You must be logged in to post a comment.