Anwar ‘betulkan’ Rafizi, subsidi petrol RON95 belum ada keputusan
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai keperluan merasionalisasikan subsidi petrol RON95.
Perdana Menteri berkata, kenyataan yang dibuat Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini lebih menjurus kepada soal subsidi bersasar diesel yang perlu diteliti kerajaan mengenai pelaksanaannya dan sekiranya ada dalam kalangan rakyat yang merasa terjejas, mereka boleh mengemukakan permohonan rayuan untuk bantuan subsidi.
“Saya baca teks Rafizi.. dia kata kita tumpu soal diesel yang perlu kita teliti sama ada pelaksanaan berkesan dan jika kalau ada dalam kalangan rasa terjejas harus kemukakan.
“Saya tengok (dalam) konteks itu yang dia tekankan dan yang lain-lain belum ada apa-apa keputusan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Menara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Pulau Pinang hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Rafizi ketika diwawancara Bloomberg ketika menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Dalian China Khamis lalu yang berseloroh mengenai ‘kejutan petrol’ selepas pemansuhan subsidi pukal diesel.
Sementara itu, mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan Anwar berkata Kerajaan Perpaduan akan mengadakan perbincangan mengenainya.
“Nenggiri tu biar dia orang bincanglah,” katanya ringkas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Nenggiri diadakan pada 17 Ogos dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 3 Ogos, manakala undi awal ditetapkan pada 13 Ogos.
Ia susulan kekosongan luar jangka selepas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim, diisytiharkan hilang keahlian Bersatu pada 13 Jun. – BERNAMA
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Seks tanpa rela dengan 2 wanita Mongolia, bekas polis diarah bayar RM820k
- Bila TMJ pertikai pusingan U MFL, Sanusi tampil sokong Selangor FC
- Semoga Nora Danish dapat jodoh lelaki beriman
- JDT kena denda beratus ribu tak ada pula Sultan Johor keluarkan surat – TMJ
- Peja-Hamzah rebut timbalan presiden Bersatu, Azmin tekan ‘brek’?
- Selesaikan pergeseran Bung-Rahman di Sabah segera, Umno pusat diberitahu
- Waran tangkap Norjuma Habib dikeluarkan
- Apa masalah dengan Hassan ni?
- Hajat pesakit kanser meninggal dunia di Mekah jadi kenyataan
- Polis disyaki mabuk tunjuk ves bakal dikenakan tindakan (Video)
- Ibu Aliff Aziz pertikai netizen boikot Terjerat
- Pak guard sekolah komplot noda murid tingkatan 1 bersama dua remaja
- Bersatu patut jaga-jaga perbincangan ’PAS-kerajaan’- penganalisis
- Mahathir punca perpecahan orang Melayu – penganalisis
- Kau pakai mercedes ke apa ke peduli apa aku – Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)
Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup
Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah
You must be logged in to post a comment.