Ular sawa tumpang lori dari Subang ke Simpang Ampat

Ular sawa tumpang lori dari Subang ke Simpang Ampat

“Ingatkan plastik hitam tersangkut pada belakang lori, tetapi bila nak pegang tiba-tiba ia bergerak dan kepala ular sawa batik tegak menghadap saya,” kata seorang pemandu lori, Mohd Sukri Mondi, 35.

Detik cemas itu dialami Mohd Sukri ketika dia berhenti untuk ke tandas di Plaza Tol Simpang Ampat, dekat sini sebelum segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan.



Mengulas lanjut, katanya, dia sendiri tidak tahu dari mana ular itu muncul, namun mengesyaki ia menyelinap ke bawah lori lima tan yang dipakirnya di tepi jalan berhampiran sungai dekat Subang di Selangor.

“Masa berhenti di RnR (Rehat dan Rawat) Seremban tadi tiada pula ular itu keluar dan saya meneruskan perjalanan ke Malim untuk hantar barangan minuman bagi stesen minyak Shell.

“Namun, semasa berhenti untuk ke tandas tiba di Plaza Tol Simpang Ampat, saya hairan melihat benda seakan plastik berwarna hitam melekat pada belakang lori dalam keadaan cahaya lampu yang sama-samar.

“Ketika cuba pegang untuk membuangnya saya terperanjat mendapati ia seekor ular sawa. Kalau di kawasan kampung mungkin boleh ambil kayu untuk halau ular itu, tapi ini di plaza tol,” katanya.



Sementara itu, Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, empat anggota ke lokasi selepas menerima panggilan jam 5.30 pagi tadi, sebelum berjaya menangkap ular sawa sepanjang hampir dua meter dan berat kira-kira satu kilogram itu. BH

Ular sawa tumpang lori dari Subang ke Simpang Ampat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”

Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)



Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup

Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker