Ketua penolong pengarah badan berkanun ditahan dalam kes rasuah projek lebuh raya projek lebuh raya

Ketua penolong pengarah badan berkanun ditahan dalam kes rasuah projek lebuh raya

Siasatan kes rasuah berkaitan projek lebuh raya di Lembah Klang membawa kepada penahanan seorang lagi suspek membabitkan ketua penolong pengarah di sebuah badan berkanun malam tadi.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya kira-kira jam jam 10 malam, selepas dipercayai turut menerima rasuah lebih RM146,000 daripada satu syarikat sebagai dorongan mendapatkan kerja-kerja projek lebuh raya di Lembah Klang, bernilai lebih RM1 bilion.



Menurut sumber, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, sebelum Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi membenarkan lelaki itu ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin depan.

“Suspek dipercayai menerima wang rasuah daripada satu syarikat sebagai balasan bagi mendapat kontrak kerja membabitkan pembinaan sebuah lebuh raya,” katanya.

Majistret Nazira Adlin turut membenarkan permohonan SPRM menyambung reman empat lagi suspek termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat konsesi lebuh raya sehingga 2 Julai.

Selasa lalu, SPRM dilapor menahan reman tiga pegawai syarikat konsesi lebuh raya termasuk seorang CEO bergelar Datuk selama empat hari, selain menahan reman seorang lagi pegawai syarikat berkenaan selama tiga hari bermula Rabu lalu.



Semua suspek dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada syarikat-syarikat yang mengambil alih kerja di dua projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang masing-masing bernilai lebih RM1 bilion dan kira-kira RM670 juta.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan perkembangan reman ke atas semua lima suspek itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. BH

Ketua penolong pengarah badan berkanun ditahan dalam kes rasuah projek lebuh raya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”

Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)



Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup

Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker