Punca bayi menangis ketika dilahirkan
Punca bayi menangis ketika dilahirkan
Lazimnya apabila bayi lahir ke dunia, mereka pasti akan menangis. Antara sebab mengapa mereka menangis usai keluar dari rahim ibunya disebut dalam sebuah hadis sahih riwayat Abu Hurairah r.a.
“Tidak ada seorang pun daripada Bani Adam yang lahir, yang tidak diganggu syaitan ketika ia dilahirkan. Maka ia akan menangis dengan kuat kerana gangguan syaitan itu” (HR Bukhari)
Manakala dalam hadis yang lain menyebutkan,
“Jeritan bayi yang dilahirkan adalah kerana gangguan daripada syaitan” (HR Muslim)
Hakikatnya syaitan telah berjanji dengan Allah bahawa ia akan mengganggu manusia dengan apa cara sekalipun dan sentiasa berusaha untuk menyesatkannya. Syaitan tidak akan melepaskan walau sesaat dan tidak pernah leka untuk melalaikan atau mengganggu kehidupan serta ketenteraman manusia sampai bila pun.
Melalui al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. kita telah diberikan panduan yang cukup untuk melindungi bayi dan anak-anak kecil dari gangguan syaitan. Antaranya sebagaimana al-Quran mengajarkan doa yang perlu dibaca kepada si bayi iaitu doa yang dibacakan oleh ibu kepada Saidatina Maryam tatkala dia melahirkan Saidatina Maryam,
“Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia, “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki) dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu. Dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan.
Dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam dan aku melindungi dia dengan peliharaan Mu, demikian juga zuriat keturunannya daripada godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)” (Ali Imran: 36)
Daripada ayat di atas jelas menunjukkan bahawa doa yang dimaksudkan ialah,
“Aku melindunginya dengan peliharaan Mu, demikian juga zuriat keturunannya daripada godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan).
Terdapat juga sebuah doa yang sering dibacakan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap kedua-dua cucunya iaitu Saidina Hassan dan Saidina Hussin. Doa tersebut berbunyi,
“Aku mohon perlindungan untuk kedua-dua kamu dengan kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan dan kejahatan dan daripada hasad dengki yang mencelakakan” (HR Bukhari)
Kerana itu, doa ini adalah sangat bagus jika dibacakan kepada bayi yang baru lahir. Contohnya ketika kita menziarahi seseorang yang dikurniakan anak kecil. Malah ibu bapa juga perlu sentiasa membacakan doa ini buat anak mereka sama ada yang masih bayi atau sudah besar.
Apatah lagi ketika mana anak-anak kita yang kadangkala meragam tanpa sebab atau yang agak nakal dan tidak mendengar kata. Kita mohon supaya Allah memelihara zuriat kita daripada perkara-perkara tersebut kerana tidak mustahil anak berkelakuan demikian akibat dari gangguan syaitan.
Malah kita juga sering mendengar orang-orang lama melarang bayi atau anak-anak kecil berada di luar rumah pada waktu senja. Larangan tersebut hakikatnya ada kebenarannya. Baginda s.a.w. pernah mengingatkan tentang bahaya senja. Sabdanya,
“Apabila malam semakin hampir atau pada waktu petang maka lindungilah anak-anak kamu kerana sesungguhnya syaitan bertebaran pada waktu itu” (HR Bukhari) Wallahu a’lam Utv
Punca bayi menangis ketika dilahirkan
Baca Artikel Menarik:
- Hampir semua mahu pencen MP ditukar ke caruman KWSP
- Ramlan Harun pengerusi SPR baru
- Shamsuri, Rosnaida timang anak ke-12
- Penjelasan Anwar mengenai penjualan saham MAHB
- PROLINTAS akui kakitangan ditahan SPRM
- Pekerja IT hilang rupanya sudah mati 3 hari, kereta BMW terjunam dalam longkang
- Keris ada kuasa
- Jamal bakal dapat anak lagi diusia 65 tahun
- DAP payung yang tak boleh dibuka semasa hujan
- Mahathir ugut nak pecat saya 3 kali
- Mahathir ‘basuh’ pasukan Umno selama 45 minit
- Rafizi datang lagi
- Dilantik pakar UMCCed, ini kata Siti
- Zul Arifin didakwa miliki pistol tiruan, kurung remaja
- Ular sawa ditangkap bersama 70 biji telur di Kajang (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?
You must be logged in to post a comment.