Kesan negatif terhadap ekonomi jika pelaburan BlackRock digugurkan – Tengku Zafrul
Kesan negatif terhadap ekonomi jika pelaburan BlackRock digugurkan – Tengku Zafrul
Dewan Rakyat hari ini diberitahu pengguguran semua pelaburan BlackRock di Malaysia sejak 90an akan memberi kesan negatif kepada usaha merealisasikan agenda pelaburan negara.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz berkata setakat Mei 2024, firma pelaburan global itu sudah memiliki pelaburan ekuiti di dalam 100 syarikat awam tersenarai selain aset RM25.5 bilion, RM20.5 bilion pegangan saham di Bursa Malaysia dan RM7 bilion dalam bon kerajaan dan korporat Malaysia.
Menurutnya, BlackRock juga pemegang saham bagi beberapa syarikat multinasional besar beroperasi di Malaysia antarana Microsoft, Boeing, Intel, dan Texas Instruments.
“Jika ada pengguguran pelaburan BlackRock di Malaysia, jelas sekali akan mendatangkan implikasi dan kesan negatif kepada usaha merealisasikan agenda pelaburan negara,” katanya menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan).
Lim bertanya kesan kepada negara semua pelaburan BlackRock berpuluh-puluh tahun kebelakangan ini digugurkan.
Isu pelaburan BlackRock berbangkit susulan firma itu dikaitkan dengan Global Infrastructure Partners (GIP) dipilih untuk mengambil bahagian dalam usaha menswastakan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Firma pelaburan itu telah dituduh ‘mengaut keuntungan daripada genosid’ melalui kepentingannya dalam firma pertahanan Amerika Syarikat yang didakwa mengeluarkan senjata digunakan Israel.
Selasa lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan Khazanah Nasional Berhad memilih GIP yang bersetuju dengan syarat ditetapkan.
Syarat terbabit termasuk pengerusi dan ketua pegawai eksekutif MAHB mestilah rakyat Malaysia dan pemegang saham majoriti juga mestilah rakyat negara ini.
Di bawah pelaksanaan itu, GIP ditetapkan untuk memiliki 30% saham MAHB dengan Abu Dhabi Investment Authority.
Sementara itu, Khazanah akan meningkatkan pemilikannya dalam MAHB daripada 33.2% kepada 40%, dan KWSP daripada 7.9% kepada 30%. FMT
Kesan negatif terhadap ekonomi jika pelaburan BlackRock digugurkan – Tengku Zafrul
Baca Artikel Menarik:
- Hampir semua mahu pencen MP ditukar ke caruman KWSP
- Ramlan Harun pengerusi SPR baru
- Shamsuri, Rosnaida timang anak ke-12
- Penjelasan Anwar mengenai penjualan saham MAHB
- PROLINTAS akui kakitangan ditahan SPRM
- Pekerja IT hilang rupanya sudah mati 3 hari, kereta BMW terjunam dalam longkang
- Keris ada kuasa
- Jamal bakal dapat anak lagi diusia 65 tahun
- DAP payung yang tak boleh dibuka semasa hujan
- Mahathir ugut nak pecat saya 3 kali
- Mahathir ‘basuh’ pasukan Umno selama 45 minit
- Rafizi datang lagi
- Dilantik pakar UMCCed, ini kata Siti
- Zul Arifin didakwa miliki pistol tiruan, kurung remaja
- Ular sawa ditangkap bersama 70 biji telur di Kajang (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?
You must be logged in to post a comment.