Hak Umno Tuaran jemput siapa pun, Rahman beritahu Bung
Hak Umno Tuaran jemput siapa pun, Rahman beritahu Bung
Umno Tuaran mempunyai hak menjemput sesiapa sahaja ke majlis perasmian mesyuaratnya, Sabtu lalu termasuk Pengerusi Gabungan Rakyat (GRS) Hajiji Noor, kata Ketuanya Abdul Rahman Dahlan.
Mengulas teguran Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin, Rahman berkata keputusan menjemput ketua menteri itu dibuat kerana menghormati formasi kerjasama kerajaan perpaduan di peringkat nasional.
GRS antara komponen membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Warisan selain parti-parti kecil lain.
Rahman berkata Presiden Umno Zahid Hamidi sendiri sedia maklum kehadiran Hajiji bersama rombongan sebagai jemputan khas, malah meneruskan hasrat merasmikan mesyuarat itu walaupun ada pihak menasihatinya tidak hadir.
“Siapa yang Umno Tuaran jemput ke mesyuarat itu adalah hak Umno Tuaran.
“Lagi pun Umno Tuaran tidak pernah membantah kehadiran pemimpin-pemimpin Umno Sabah dalam majlis anjuran parti lain,” katanya dalam kenyataan.
Rahman tidak menamakan pemimpin Umno Sabah terbabit, namun Bung hadir ke Perhimpunan Agung Tahunan Warisan, Disember tahun lalu, menguatkan desas-desus kerjasamanya menjelang PRN dijangka tahun depan.
Hari ini, dilaporkan Bung menegur tindakan Rahman yang juga timbalan ketua Umno Sabah menjemput Hajiji ke majlis perasmian mesyuarat Umno Tuaran, sebagai ‘tidak tepat dan silap’.
Bung berkata ini kerana majlis itu seharusnya menjadi platform buat Zahid menyampaikan amanat dan strategi kepada ahli Umno namun terbatas dengan kehadiran pemimpin luar seperti Hajiji dan Ketua PH Sabah Christina Liew.
Mengulas lanjut, Rahman berkata tidak timbul soal strategi politik didedahkan kerana lazimnya ucapan perasmian mesyuarat perwakilan dibuat secara terbuka dan diketahui ramai.
Beliau yang juga ahli majlis kerja tertinggi parti itu berkata jemputan ke majlis itu juga telah dipanjangkan kepada semua ketua-ketua bahagian melalui ibu pejabat Umno Sabah.
Rahman turut menjelaskan tidak timbul soal dua nakhoda dan beliau tidak pernah mengganggu pentadbiran Umno Sabah selain menggunakan kedudukan bagi menghalang usaha memperkasa parti.
“Cuma sebagai orang yang bertanggungjawab mencadangkan ‘Autonomi Umno Sabah’ kepada presiden pada 2018, saya hanya mahukan supaya semua kepimpinan tertinggi Umno Sabah dibawa berbincang apabila ada keputusan besar dibuat mengenai masa depannya,” katanya. FMT
Hak Umno Tuaran jemput siapa pun, Rahman beritahu Bung
Baca Artikel Menarik:
- Hampir semua mahu pencen MP ditukar ke caruman KWSP
- Ramlan Harun pengerusi SPR baru
- Shamsuri, Rosnaida timang anak ke-12
- Penjelasan Anwar mengenai penjualan saham MAHB
- PROLINTAS akui kakitangan ditahan SPRM
- Pekerja IT hilang rupanya sudah mati 3 hari, kereta BMW terjunam dalam longkang
- Keris ada kuasa
- Jamal bakal dapat anak lagi diusia 65 tahun
- DAP payung yang tak boleh dibuka semasa hujan
- Mahathir ugut nak pecat saya 3 kali
- Mahathir ‘basuh’ pasukan Umno selama 45 minit
- Rafizi datang lagi
- Dilantik pakar UMCCed, ini kata Siti
- Zul Arifin didakwa miliki pistol tiruan, kurung remaja
- Ular sawa ditangkap bersama 70 biji telur di Kajang (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?
You must be logged in to post a comment.