Apa masalah dengan Hassan ni?
Mengapa diam kenyataan Firdaus Wong berkait budak peluk Islam, Hassan tanya Suhakam
Apa masalah dengan Hassan ni?
Seorang Ahli Parlimen mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) tidak bersuara berhubung isu pendakwah bebas, Firdaus Wong yang dilapor memberi nasihat mengenai cara menangani permintaan remaja yang mahu memeluk Islam secara rahsia.
Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) berkata, selain isu pendakwah bebas itu, Suhakam juga dilihat lebih banyak berdiam diri dan tidak menyatakan pendirian berhubung isu-isu diskriminasi kaum dan kebebasan beragama di negara.
“Mengapa tidak ada respon daripada Suhakam dalam perkara ini (isu Firdaus Wong).
“Suhakam tentu lebih maklum dan memahami kebebasan agama adalah hak universal bagi semua rakyat sama ada muslim dan bukan muslim,” katanya ketika membahaskan laporan tahunan dan penyata kewangan Suhakam 2021 dan 2022 di Dewan Rakyat.
Hassan berkata Suhakam perlu bertanggungjawab dalam menyuarakan isu-isu hak asasi manusia dan tidak menjadi alat politik.
“Banyak laporan polis dibuat atas tindakan (Firdaus) melakukan penukaran agama kanak-kanak bukan muslim kepada Islam tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.
“Saya seorang Islam memandang perkara ini dengan serius demi keharmonian negara kita.
“Tindakan individu ini timbulkan kebimbangan dan kegusaran masyarakat bukan muslim di Malaysia,” katanya.
Semalam, polis dilaporkan membuka kertas siasatan ke atas Firdaus susulan tular video yang menasihatkan seorang lelaki mengenai cara menangani permintaan remaja bawah umur untuk memeluk Islam.
Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Jaafar berkata, setakat ini empat laporan polis sudah diterima dan tiga individu sudah dirakam percakapan. FMT
Apa masalah dengan Hassan ni?
Baca Artikel Menarik:
- Hampir semua mahu pencen MP ditukar ke caruman KWSP
- Ramlan Harun pengerusi SPR baru
- Shamsuri, Rosnaida timang anak ke-12
- Penjelasan Anwar mengenai penjualan saham MAHB
- PROLINTAS akui kakitangan ditahan SPRM
- Pekerja IT hilang rupanya sudah mati 3 hari, kereta BMW terjunam dalam longkang
- Keris ada kuasa
- Jamal bakal dapat anak lagi diusia 65 tahun
- DAP payung yang tak boleh dibuka semasa hujan
- Mahathir ugut nak pecat saya 3 kali
- Mahathir ‘basuh’ pasukan Umno selama 45 minit
- Rafizi datang lagi
- Dilantik pakar UMCCed, ini kata Siti
- Zul Arifin didakwa miliki pistol tiruan, kurung remaja
- Ular sawa ditangkap bersama 70 biji telur di Kajang (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati
Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?