Nada Muhyiddin lain 2 tahun lalu

Dua tahun lalu, Muhyiddin Yassin berkata kerajaan mampu menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM20 billion setahun melalui pelaksanaan skim subsidi bersasar.

Nada Muhyiddin lain 2 tahun lalu

Seorang penganalisis berpendapat sudah menjadi lumrah dalam politik buat pembangkang termasuk Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin untuk mengkritik penyasaran subsidi bahan api bermula dengan diesel.

Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata apa jua langkah mahu diperkenalkan walaupun baik dan pernah dicadangkan sendiri mereka ketika mentadbir seperti skim subsidi bersasar pasti sukar mendapat kredit.



“Itu lumrah politik dan tak mengejutkan mengapa mereka serang.

“Sedangkan itu sendiri hendak dilakukan mereka…cuma pentadbiran Anwar Ibrahim memulakan dengan diesel untuk mengetahui kelemahan dan kesannya,” katanya.

Pada 14 Jun lalu, Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri mempersoalkan rasionalisasi penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan menyaksikan harga diesel diselaras kepada RM3.35 seliter sejak 10 Jun lalu kecuali Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Pagoh itu mendakwa langkah itu menekan rakyat kerana menyebabkan kenaikan harga barang, merujuk kepada pengumuman beberapa syarikat penunda kereta dan barang pembinaan meningkatkan kos perkhidmatan.



Bagaimanapun, pada 30 Jul 2022, Muhyiddin yang ketika itu pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata kerajaan mampu menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM20 bilion setahun melalui pelaksanaan skim subsidi bersasar.

Presiden Bersatu itu mendakwa pada masa itu hanya 20% subsidi disediakan kerajaan digunakan golongan B40, manakala selebihnya dinikmati golongan tidak sepatutnya seperti orang kaya dan pemilik kenderaan besar.

Mengulas lanjut, Azmi berkata keberanian kerajaan Anwar yang juga menteri kewangan seharusnya diberi kredit oleh pembangkang.

“Ini kerana tiada kerajaan sebelum ini berani ambil langkah tidak popular, tidak menguntungkan tetapi beri manfaat untuk masa depan negara dan rakyat,” katanya.



Penyasaran subsidi diesel dijangka memberi penjimatan RM4 bilion setahun, ia akan digunakan untuk kegunaan ramai antaranya kos pengangkutan awam serta sumbangan tunai rahmah (STR).

Kerajaan melaksanakan inisiatif Budi Madani bagi memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada mereka yang layak dan mengurangkan beban golongan memerlukan, dengan pemberian RM200 bantuan tunai bulanan.

Selain Budi Madani, kerajaan turut mengurangkan beban dengan meneruskan bantuan subsidi kepada kenderaan pengangkutan awam darat serta pengangkutan barangan menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS). FMT

Nada Muhyiddin lain 2 tahun lalu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya kerja siang malam untuk sara keluarga – Nora Danish



PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan

BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia



Itu buaya kak, bukan kucing [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker