Semua pengkhianat UMNO Arau sudah dipecat

Semua pengkhianat UMNO Arau sudah dipecat

ARAU: UMNO Bahagian Arau sudah ‘membersihkan’ 150 pengkhianat, susulan pelanggaran disiplin parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ini termasuklah pemimpin UMNO peringkat cawangan yang didapati membantu kempen untuk parti lawan serta memakai baju parti lawan ketika berkempen.



Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis merangkap Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Rozabil Abdul Rahman, berkata pihaknya sudah membuang ‘duri dalam daging’ menerusi proses pemutihan dengan kerjasama UMNO pusat.

Katanya, mereka yang dikeluarkan daripada senarai itu sudah pun dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO di peringkat nasional.

“Untuk UMNO Perlis pula, kita sudah hampir ke peringkat 100 peratus dalam ‘membersihkan’ parti ini daripada mereka yang dianggap sebagai sudah mengkhianati parti terutama pada PRU lepas.

“Dalam UMNO Bahagian Arau sahaja, hampir 150 orang ahli yang sudah pun ‘direhatkan’ atau dikeluarkan daripada senarai ahli UMNO bahagian ini selepas PRU lalu.



“Saya tetap percaya masih lagi wujud orang yang ‘bertopengkan’ UMNO tetapi tetap ingin memberi sokongan kepada pihak lain. Saya secara hormatnya meminta mereka keluar daripada UMNO kerana mereka ini tidak diterima oleh kebanyakan ahli UMNO yang setia kepada parti,” katanya.

Rozabil berkata, proses ‘pemutihan’ dijalankan secara berterusan dan meskipun akan berlaku pengurangan dalam kalangan ahli UMNO di bahagian itu, pihaknya akan cuba menambah semula keahlian UMNO menerusi gerak kerja dari semasa ke semasa.

“Saya rela untuk bermula dengan tiada ahli daripada mempunyai 1,000 ahli yang akhirnya khianat dengan tidak memberikan undi pada UMNO,” katanya. BH

Semua pengkhianat UMNO Arau sudah dipecat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Status kewangan Nedim punca penceraian Nora Danish?



Aeril Zafrel Dipaksa Wawa Zainal Potong Rambut [VIDEO]

Jemaah Indonesia buat ibadah haji sambil jual lontong



Che Ta Kantoikan Aaisyah Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker