Ribut di Perlis, 107 rumah rosak

Ribut di Perlis, 107 rumah rosak

Jumlah rumah rosak akibat dua kejadian ribut yang melanda Perlis semalam dan Jumaat lepas meningkat kepada 107 rumah, menurut rekod Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) setakat 8.18 malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Maips Mohd Nazim Mohd Noor berkata berdasarkan angka yang dikemas kini pihaknya dari semasa ke semasa sebanyak 96 rumah rosak akibat ribut semalam, manakala 11 rumah lagi rosak dalam kejadian Jumaat lepas.



Mohd Nazim berkata kebanyakan rumah tersebut rosak pada bahagian bumbung akibat diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut itu.

Menurutnya, antara kawasan terjejas akibat ribut semalam ialah kariah Behor Mentaloon, Bunga Emas, Chemumar, Guar Syed Alwi, Mata Air, Orang, Kurung Batang, Sungai Baru, Kampung Belukar, Seberang Tok Pi dan Simpang Salang

“Maips akan bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan negeri termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis untuk turun ke lapangan bagi mengenal pasti keperluan dan agihan bantuan agar ia dapat disalurkan secepat mungkin, insya-Allah,” katanya kepada Bernama malam tadi.

Difahamkan kejadian ribut semalam berlaku kira-kira pada pukul dua pagi, manakala Jumaat lepas berlaku kira-kira pukul tujuh pagi. Mk



Ribut di Perlis, 107 rumah rosak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Status kewangan Nedim punca penceraian Nora Danish?



Aeril Zafrel Dipaksa Wawa Zainal Potong Rambut [VIDEO]

Jemaah Indonesia buat ibadah haji sambil jual lontong



Che Ta Kantoikan Aaisyah Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker