Pangsapuri terbiar jadi pusat hiburan tawar GRO

Pangsapuri terbiar jadi pusat hiburan tawar GRO

Berselindung di sebalik bangunan pangsapuri terbiar.

Itu helah sindiket pelacuran yang menjadikan bangunan 18 tingkat sebagai pusat hiburan yang menawarkan khidmat pelacuran.



Premis hiburan yang beroperasi di lima tingkat bangunan berkenaan dikawal ketat ‘pengawal keselamatan’ di pintu masuk selain pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan hanya pelanggan tetap dibenarkan masuk bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Aktiviti yang dipercayai bermula dari jam 6 petang hingga 8 pagi itu turut menyediakan wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang diuruskan seorang ‘mummy’ warga China.

Difahamkan, setiap bilik karaoke dikenakan caj antara RM4,000 sehingga RM8,000, manakala GRO pula akan mengenakan caj teman berhibur dan khidmat seks yang mencecah sehingga RM1,200.

Bukan itu saja, pengunjung juga dikatakan turut ditawarkan dadah ketika berhibur di premis berkenaan.



Bagaimanapun, kegiatan haram terbabit terbongkar selepas sepasukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menggempur premis berkenaan, semalam.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata serbuan kira-kira jam 1 pagi dilakukan hasil maklumat awam dan risikan mengenai aktiviti pusat hiburan yang berselindung di sebalik pangsapuri terbiar.

Beliau berkata, operasi turut mendapat kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Bahagian Bantuan Teknik (D6), Unit Anjing Pengesan (K9) serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Hasilnya seramai 54 individu yang berada di dalam premis berkenaan diperiksa dan 36 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk dadah.



“Mereka yang ditahan terdiri daripada 21 lelaki tempatan termasuk pengurus premis, 10 wanita tempatan, dua wanita warga China dan masing-masing seorang wanita warga Thailand serta Vietnam,” katanya.

Soffian berkata, siasatan mendapati premis adalah pangsapuri yang diubahsuai menjadi pusat hiburan dengan menjalankan aktiviti karaoke dan penginapan buat warga asing yang bekerja sekitar kawasan berkenaan.

Katanya, semakan mendapati pusat hiburan terbabit beroperasi tanpa lesen perniagaan.

“Polis turut menemui pelbagai jenis dadah disyaki ketamin, ekstasi dan jus MDMA dengan kesemuanya dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya mereka yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan.



Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39(a)(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Bahaya 1952; Seksyen 55B, Seksyen 39B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 3(1) Undang-Undang Kecil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016. BH

Pangsapuri terbiar jadi pusat hiburan tawar GRO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Status kewangan Nedim punca penceraian Nora Danish?

Aeril Zafrel Dipaksa Wawa Zainal Potong Rambut [VIDEO]



Jemaah Indonesia buat ibadah haji sambil jual lontong

Che Ta Kantoikan Aaisyah Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker