Lelaki Palestin di ikat di hadapan kenderaan ketika serbuan oleh rejim Israel

Lelaki Palestin di ikat di hadapan kenderaan ketika serbuan oleh rejim Israel

BAITULMAQDIS: Tentera tentera Israel mengikat seorang lelaki Palestin yang cedera pada hadapan jip tentera semasa serbuan di bandar Jenin yang diduduki di Tebing Barat pada Sabtu.

Sebuah video yang tular di media sosial dan disahkan oleh Reuters menunjukkan seorang penduduk Palestin di Jenin, Mujahed Azmi, terikat pada hadapan jip yang melalui dua ambulans.



Tentera Israel, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya ditembak dan berbalas tembakan serta mencederakan seorang suspek sebelum menahannya.

“Askar kemudian melanggar protokol ketenteraan apabila suspek diambil suspek diikat di hadapan kenderaan letika serbuan,” katanya.

Tentera berkata ‘kelakuan pasukan tenteranya dalam video itu tidak menepati nilai tentera Israel’ dan kes itu akan disiasat serta ditangani segera manakala mangsa telah dipindahkan ke hospital untuk rawatan.

Reuters dapat memadankan lokasi daripada rakaman yang menyokong dan disahkan serta dikongsi di media sosial, menunjukkan kenderaan mengangkut individu diikat di hadapannya di Jenin, malah tarikhnya disahkan oleh saksi yang ditemuramah Reuters.



Menurut keluarga Azmi, terdapat serbuan dan tangkapan, di mana dia cedera semasa operasi, mendorong keluarga meminta ambulans tetapi tentera sebaliknya mengikat Mujahed pada hadapan kenderaan dan memandu meninggalkan lawasan itu.

Keganasan di Tebing Barat, yang semakin meningkat sebelum perang Israel-Hamas di Gaza, kini bertambah buruk dengan serangan tentera yang lebih kerap ke atas kumpulan pejuang Islam.

Selain itu, keganasan peneroka haram Yahudi di perkampungan Palestin yang diduduki dan serangan jalanan di Palestin mengakibatkan ramai penduduk terbunuh. BH

Lelaki Palestin di ikat di hadapan kenderaan ketika serbuan oleh rejim Israel



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Status kewangan Nedim punca penceraian Nora Danish?



Aeril Zafrel Dipaksa Wawa Zainal Potong Rambut [VIDEO]

Jemaah Indonesia buat ibadah haji sambil jual lontong



Che Ta Kantoikan Aaisyah Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker