UMNO tekad tawan semula Felda

Umno dan BN memerlukan satu gerak kerja berfokus sekiranya mahu mengembalikan keyakinan pengundi, seterusnya menawan kembali sekurang-kurangnya 30 daripada 54 kawasan Parlimen di dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada PRU16 akan datang.

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata satu kajian dan tindakan kerja yang sesuai mengikut keadaan semasa diperlukan bagi memastikan perkara tersebut dapat direalisasikan memandangkan Felda kini bukan hanya merangkumi generasi pertama atau peneroka.

“Felda sekarang sudah generasi ketiga, bukan generasi peneroka sahaja lagi yang mana generasi kedua ada yang duduk di bandar, manakala generasi ketiga semuanya sudah di bandar. Jadi attachment tentang semangat atau roh penubuhan Felda itu sudah tidak ada lagi.



“Walaupun pengundi di Felda, tetapi keberadaan mereka dalam masyarakat seperti di bandar atau luar bandar, dan untuk itu kita perlukan cara sesuai mengikut keadaan kerana mereka terdedah dengan pelbagai maklumat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jasin di Dewan Alamanda di Jasin, Melaka hari ini.

Katanya, kawasan Felda merupakan kubu kuat BN khususnya Umno sebelum ini dan kehilangan banyak kerusi di kawasan tersebut sejak dua PRU lepas merupakan satu tamparan hebat kepada parti.

“Penerangan-penerangan yang betul dan benar perlu, kerana kadang-kadang banyak cerita dan fitnah yang dilemparkan tetapi tidak ditangkis atau dinafikan sehingga menjadi kebenaran kepada mereka yang tidak tahu cerita sebenarnya,” katanya.

Mohamad berkata sasaran untuk merampas kembali 30 daripada 54 kerusi Parlimen dalam kawasan Felda dilihat munasabah dalam situasi sekarang, memandangkan Umno mahu memastikan sokongan masyarakat dan penduduk Felda beransur-ansur kembali kepada parti tersebut.



“Angka yang jangan terlampau ambitious, jangan terlampau bercita-cita tinggi. Jadi kita kekalkan beberapa kerusi di kawasan Felda yang kita menang sekarang dan secara keseluruhan jika kita dapat 30 kerusi dari Felda pun, sudah suatu pencapaian yang baik,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Status kewangan Nedim punca penceraian Nora Danish?

Aeril Zafrel Dipaksa Wawa Zainal Potong Rambut [VIDEO]



Jemaah Indonesia buat ibadah haji sambil jual lontong

Che Ta Kantoikan Aaisyah Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker