BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia

BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia

Pelaburan BlackRock di negara ini bukanlah baharu, malah syarikat pelaburan antarabangsa itu sudah melabur di negara ini sejak berpuluh-puluh tahun lalu khususnya dalam pasaran ekuiti dan bon syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat korporat Malaysia, kata penganalisis.

Semakan data menunjukkan BlackRock sudah mempunyai kepentingan dan pegangan saham dalam syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia bernilai RM24.7 bilion dan RM7.9 bilion dalam bon kerajaan dan korporat Malaysia.



Menurut data yang boleh diperoleh secara terbuka juga menunjukkan, sehingga Mei 2024, firma pelaburan global itu sudah sedia ada memiliki pelaburan dalam ekuiti dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia merangkumi keseluruhan sektor industri, dengan tiga institusi perbankan di negara ini.

“BlackRock bukan pendatang baru dalam pelaburan global, termasuk di Malaysia. Ia seperti pelabur institusi asing yang lain, dan pelaburan di Malaysia hanyalah satu lagi pelabur portfolio asingnya dan pelaburan mereka di negara ini adalah agak ketara sepanjang dekad yang lalu.

“Dalam konteks Malaysia, pelabur asing dalam pasaran modal memainkan peranan penting.

“Pendedahan mereka dalam pasaran ekuiti adalah sekitar 20 peratus hingga 21 peratus manakala pendedahan mereka dalam pasaran bon adalah jauh lebih ketara.



“Ini jelas menunjukkan Malaysia kekal sebagai pusat tarikan dan sentiasa dalam radar mereka,” kata Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Prof Dr Anthony Dass.



Beliau menambah, sekiranya pelabur global menarik keluar dana dari Malaysia, kesan keseluruhannya akan negatif kepada negara.

“(Penarikan keluar) Ia pasti bukan perkara baik untuk keseluruhan ekonomi Malaysia. Persepsi negatif ini akan menjadi kebimbangan dan berpotensi menjejaskan mata wang serta memberi kesan berantai kepada bidang ekonomi lain.



“Jika terdapat penarikan keluar dana asing, kesan keseluruhan terhadap ekonomi dan rakyat akan terjejas. Berapa banyak kita boleh menyokong pasaran dan mata wang menggunakan wang rakyat melalui penampan. Jika kita tidak dapat menyokong, kelemahan berterusan ringgit pasti dirasai rakyat,” tambah beliau.

Selain itu, kata beliau lagi, pengaliran keluar dana asing, jika berlaku, akan memberi kesan terhadap rizab mata wang sesebuah negara dan menyebabkan bank pusat terpaksa menyokong mata wang.

“Persoalannya ialah sejauh mana bank pusat dapat menyokong mata wang. Dan jika mereka melakukannya dan kita akan melihat rizab berkurangan, ini akan membangkitkan ‘bendera merah’ pada Malaysia,” katanya.

Selain itu, penarikan dana global boleh menyebabkan penurunan penarafan kredit sesebuah negara.



Dass berkata, penurunan penarafan boleh berlaku akibat kehilangan keyakinan terhadap dasar dan persekitaran negara.

“Susulan itu, kos pinjaman antarabangsa kita menjadi mahal dan kita berisiko kehilangan minat asing,” katanya.

Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Prof Dr Anthony Dass.
Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Prof Dr Anthony Dass.
Komen beliau adalah susulan pembabitan firma pelaburan infrastruktur, Global Infrastructure Partners (GIP) dalam Gateway Development Alliance (GDA), sebuah konsortium yang mengumumkan tawaran bagi mengambil alih Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) pada 15 Mei lalu yang menerima kritikan pihak tertentu.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini berkata penyertaan syarikat BlackRock dalam pengambilalihan MAHB tidak seharusnya dijadikan sebagai ‘wayang politik’.



Beliau berkata, kerajaan tidak mempunyai keupayaan untuk membatalkan pembabitan syarikat di luar negara yang mempunyai kaitan dengan Israel kerana ia boleh menjejaskan ekonomi negara.

Firma pelaburan berpangkalan di Amerika Syarikat itu sudah lama aktif melabur di Malaysia dengan jumlah nilai pasaran (MV) terkini ialah AS$4.3 bilion atau kira-kira RM24.7 bilion iaitu pelaburan ekuiti syarikat tersenarai sebanyak RM18.7 bilion dan bon sebanyak RM7.9 bilion.

Berdasarkan senarai pelaburan BlackRock di Malaysia, tiga gergasi perbankan adalah yang penerima pelaburan terbesar iaitu Public Bank Bhd sebanyak RM2.34 bilion (2.75 peratus), diikuti Malayan Banking Bhd dengan RM2.16 bilion (1.88 peratus) dan CIMB dengan RM1.42 bilion (2.07 peratus).

Tenaga Nasional Bhd di tempat keempat dengan pelaburan RM860 juta (1.32 peratus); disusuli Metal Aluminium RM620 juta (1.62 peratus); CelcomDigi RM520 juta (1.03 peratus).



Sementara itu, nilai pasaran 30 pelaburan terbesar BlackRock di Malaysia adalah RM15.5 bilion, manakala nilai pasaran pegangan ekuiti firma itu di negara ini adalah RM18.7 bilion.

Dari segi bon, BlackRock memiliki pelaburan tertinggi di dalam bon kerajaan Malaysia iaitu RM2.53 bilion; Petronas Capital (RM2.52 bilion); terbitan-terbitan bon (RM1.57 bilion).

Berdasarkan data di atas, penganalisis berkata adalah jelas BlackRock bukan pelabur baharu tetapi sudah sedia aktif, malah memiliki pejabat operasinya di Malaysia.

BlackRock adalah syarikat pelaburan antarabangsa terbesar di dunia dan menguruskan aset global bernilai kira-kira AS$10 trilion.

Ditubuhkan pada 1988, BlackRock memainkan peranan pelaburan utama dalam kebanyakan ekonomi negara utama dunia, termasuk Malaysia.

BlackRock dan dua lagi firma pelaburan seumpamanya iaitu Vanguard dan State Street dianggap secara meluas sebagai Pengurus Aset ‘The Big Three’ di seluruh dunia. Pengurus aset ini adalah antara pemilik terbesar syarikat dagangan awam.

‘The Big Three’ ini memiliki aset dibawah pengurusan (AUM) bersamaan dengan lebih 75 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) pada 2023 atau kira-kira 55 kali ganda KDNK Malaysia pada 2023.

Firma itu juga aktif melabur di negara Islam lain seperti Arab Saudi dengan nilai dana AS$24 bilion, Emiriah Arab Bersatu (UAE) AS$8.6 bilion dan Indonesia AS$11 bilion.Selain itu, BlackRock aktif di China dengan pelaburan bernilai AS$199 bilion dan India AS$148 bilion.

Firma pelaburan antarabangsa itu juga memainkan peranan utama dalam pelaburan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG), dan telah menjadi sangat aktif dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan alam sekitar yang mapan.

Seorang penganalisis ekuiti dari sebuah bank pelaburan berkata, penyertaan syarikat sekutu BlackRock iaitu GIP dalam cadangan penswastaan MAHB juga bukanlah satu isu.

“Ini kerana berdasarkan data pemegang saham MAHB, BlackRock sebelum ini sememangnya sudah memiliki 2.1 peratus ekuiti bernilai RM35 juta di dalam syarikat pengendali lapangan terbang itu.

“Selain itu, BlackRock melabur di dalam hampir 100 syarikat Malaysia susulan fungsinya sebagai firma pelaburan dan kehadirannya sebagai pelabur global, membantu menyemarakkan minat pelabur secara umumnya di Bursa Malaysia,” katanya. BH

BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Status kewangan Nedim punca penceraian Nora Danish?

Aeril Zafrel Dipaksa Wawa Zainal Potong Rambut [VIDEO]

Jemaah Indonesia buat ibadah haji sambil jual lontong

Che Ta Kantoikan Aaisyah Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker