Umno mahu tanding Nenggiri jika ada PRK
Umno mahu tanding Nenggiri jika ada PRK
Umno membayangkan mahu mewakili kerajaan perpaduan jika ada PRK di DUN Nenggiri yang diisytiharkan kosong semalam, sekali gus tidak memberi laluan kepada penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim.
Timbalan Ketua Penerangan Umno Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor, berkata Azizi daripada Bersatu yang turut menyokong kerajan perpaduan harus memahami situasi terbabit dan memfokuskan kepada Parlimen Gua Musang.
“Masih terlalu awal buat telahan siapa calon (kerajaan perpaduan), tetapi yang pasti datang daripada Umno.
“Calon itu mesti berintegriti tinggi, mesra rakyat, faham kehendak pengundi muda, disukai ramai dan paling penting ‘walk the talk’, Azizi pasti faham keadaan ini…perlu juga fokus tugas Ahli Parlimen Gua Musang,” katanya.
Semalam, Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah mengisytiharkan kerusi Nenggiri kosong berkuat kuasa serta-merta selepas menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan mengenai status Azizi yang terhenti keahlian dalam parti.
Keahliannya bersama beberapa Ahli Parlimen dan Adun Bersatu menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhenti selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi untuk menzahirkan ikrar taat setia.
Bagaimanapun, Azizi berkata beliau akan membawa perkara itu ke mahkamah yang mungkin menyebabkan proses pengosongan kerusi memakan masa.
Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat 28 Jun ini untuk membincangkan pelaksanaan PRK DUN Nenggiri.
Mengulas lanjut, Hariri berkata Umno Kelantan positif dengan peluang merampas semula kerusi yang dikuasainya sebelum terlepas kepada Perikatan Nasional (PN) pada PRN Ogos tahun lalu.
“Peluang menang sentiasa ada, apatah lagi lawan hanya menang dengan majoriti 810 undi sahaja sebelum ini,” katanya. FMT
Umno mahu tanding Nenggiri jika ada PRK
Baca Artikel Menarik:
- Miza Ozawa mengaku menyundal, positif HIV
- Datuk gout cabul cucu
- Ustaz Don tak ambil ilmu feqah ke masa ambil diploma – Rozaimi
- Kita jumpa di mahkamah – Azizi
- Sarawak bertambah kaya, ada emas, mineral bernilai RM1.25 trilion
- Sin Li Jane juara Terbuka AS, pemain boling negara kian menyerlah
- Ismail Sabri, Johari sertai majlis jamuan tengah hari jemputan Putera Mahkota Arab Saudi
- Patah hidung, Mbappe disaran pakai topeng ‘Ninja Turtle’
- Nak cantik punya pasal, maut di tangan suami sendiri
- Motif 3 remaja lelaki dirakam gambar bogel
- Bungkusan ditemui atas kubur bapa Muhyiddin (Video)
- Anggota polis ditemukan mati tergantung dalam tandas RnR
- Mawi dakwa nampak hari kiamat
- Ustaz Don buat hal lagi, kali ini direhatkan terus
- Biar saya tanggung kesalahan – Nora Danish
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.