Lelaki pukul isteri selepas ‘kantoi’ curang disiasat polis

Lelaki pukul isteri selepas ‘kantoi’ curang disiasat polis

PORT DICKSON: Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang suami dipercayai memukul isterinya selepas lelaki itu dikatakan ‘kantoi’ curang di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata pada jam 3 petang semalam pihaknya mendapat maklumat mengenai video tular berdurasi 31 saat di media sosial memaparkan pasangan berusia 37 dan 38 tahun bergaduh di sebuah hotel.



“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 24 Mei lalu jam 9.50 pagi di sebuah Hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan dan pergaduhan itu membabitkan suami isteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, punca kejadian dipercayai kerana si suami curang dan mendaftar masuk di sebuah hotel.

“Susulan pergaduhan itu, mangsa seorang perempuan Melayu cedera di pipi dan sakit di beberapa anggota badan.

“Mangsa sudah membuat laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga,” katanya.



Isteri lelaki itu yang dikatakan baru habis berpantang pergi sendiri ke bilik suaminya di hotel itu sebelum terjadi pergaduhan. BH

Lelaki pukul isteri selepas ‘kantoi’ curang disiasat polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kakak dedah kedaifan hidup Mila Jirin, keluarga

Budak ‘intern’ sepak senior miang



Umpama ‘pertemuan’ di Mahsyar

Ramai tertipu dengan model jelita rambut pink



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker