Kalau Nora milikku, dia akan kembali – Nedim

Kalau Nora milikku, dia akan kembali – Nedim

“Tiada yang berubah, cuma dia bukan milikku di dalam Islam.”

Demikian ungkapan bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri menerusi hantaran dimuatkan dalam Instagram (IG) selepas beberapa jam ikatan perkahwinan bersama bekas isteri, Nora Danish terlerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta dalam prosiding secara tertutup, malam tadi.



Hantaran Nedim atau nama sebenarnya, Mohamed Nedim Mohamed Nazri menggambarkan kepercayaannya terhadap kekuasaan Allah jika jodoh masih utuh dan berpanjangan.

“Percayalah kalau dia milikku, dia akan kembali milikku,” tulisnya.

Hantaran dalam IG itu mendapat reaksi rakan artis dan peminat yang mendoakan serta memberikan kata semangat buatnya.

Semalam, Nedim, 41, dan Nora, 42, mengejutkan ramai apabila memilih berpisah secara baik selepas tujuh tahun membina rumah tangga bersama.



Enggan mendedahkan punca perpisahan, Nora dan Nedim memilih pengakhiran yang baik apabila tiada drama tuding menuding, buka aib atau persengketaan.

Sebaliknya, Nora berjubah putih hadir bersama Nedim menaiki kereta kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam pada jam 7.40 malam.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.



Nedim pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata, Mohamed Nedrin, 12. BH

Kalau Nora milikku, dia akan kembali – Nedim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kakak dedah kedaifan hidup Mila Jirin, keluarga

Budak ‘intern’ sepak senior miang



Umpama ‘pertemuan’ di Mahsyar

Ramai tertipu dengan model jelita rambut pink



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker