Jual saham MAHB, ada udang di sebalik batu – Mahathir
Jual saham MAHB, ada udang di sebalik batu – Mahathir
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan kerajaan yang berkeras mahu menjual saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat (AS) yang menyokong rejim Israel.
Ahli politik veteran itu berkata pada mulanya, sangkaannya adalah kerana MAHB mencatatkan kerugian. Bagaimanapun, kemudiannya, dia mendapat tahu ia tidak benar.
“Apabila saya dengar syarikat MAHB akan menjual sahamnya kepada syarikat Amerika, sangkaan saya ialah MAHB rugi.
“Sekarang saya dapat tahu bahawa MAHB untung sebanyak RM543 juta bagi tahun 2023. Tak banyak syarikat yang dapat untung seperti ini.
“Kenapa nak jual 30 peratus kepada syarikat Amerika yang menyokong Israel?” soalDr Mahathir dalam satu hantaran di X.
Pada 15 Mei lalu, Gateway Development Alliance (GDA) dan pemegang sahamnya mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam MAHB yang belum dimiliki pada harga tawaran sebanyak RM11 sesaham.
Konsortium itu diterajui Khazanah Nasional Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, UEM Group Berhad (UEMG) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), serta dianggotai anak syarikat milik penuh Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan Global Infrastructure Partners (GIP).
Bagaimanapun, isu berhubung pemilikan saham membabitkan syarikat berkaitan Zionis mula timbul kerana GIP dilaporkan sedang dalam proses diambil alih oleh sebuah firma pelaburan gergasi Blackrock yang didakwa pro Israel.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir menambah bahawa dia bimbang tindakan menjual saham MAHB kepada GIP mempunyai agenda tersirat.
“Saya tak faham. Mungkin ada udang di sebalik batu?” katanya lagi. Mk
Jual saham MAHB, ada udang di sebalik batu – Mahathir
Baca Artikel Menarik:
- Miza Ozawa mengaku menyundal, positif HIV
- Datuk gout cabul cucu
- Ustaz Don tak ambil ilmu feqah ke masa ambil diploma – Rozaimi
- Kita jumpa di mahkamah – Azizi
- Sarawak bertambah kaya, ada emas, mineral bernilai RM1.25 trilion
- Sin Li Jane juara Terbuka AS, pemain boling negara kian menyerlah
- Ismail Sabri, Johari sertai majlis jamuan tengah hari jemputan Putera Mahkota Arab Saudi
- Patah hidung, Mbappe disaran pakai topeng ‘Ninja Turtle’
- Nak cantik punya pasal, maut di tangan suami sendiri
- Motif 3 remaja lelaki dirakam gambar bogel
- Bungkusan ditemui atas kubur bapa Muhyiddin (Video)
- Anggota polis ditemukan mati tergantung dalam tandas RnR
- Mawi dakwa nampak hari kiamat
- Ustaz Don buat hal lagi, kali ini direhatkan terus
- Biar saya tanggung kesalahan – Nora Danish
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.