Imam Malik, Imam Syafie pun kalau tak tahu, jawab tak tahu

Imam Malik, Imam Syafie pun kalau tak tahu, jawab tak tahu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menyatakan rasa terkilan selepas berlakunya lagi kontroversi membabitkan penceramah bebas Ustaz Don Daniyal mengenai berpuasa pada Hari Raya Aidiladha.

Menurutnya, ini kerana arahan telah diberikan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengadakan perbincangan dengan Ustaz Don Daniyal sebelum ini.



“Saya terkilan kerana saya telah bagi arahan untuk Pengarah Jakim untuk berbincang dengan Ustaz Don Daniyal itu sendiri.

“Bagaimanapun saya difahamkan bahawa beliau telah memohon maaf dan mengakui kesalahan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Mohd. Naim berkata, tokoh agama perlu berhati-hati dalam menyampaikan pandangan dan perlu menyemak rujukan yang sahih.

Malah katanya, setiap mereka yang bergelar ahli agamawan perlu terbuka dan jujur mengakui kurangnya pengetahuan dalam satu-satu bidang.



“Saya minta kepada agamawan, untuk sentiasa berhati-hati dalam memberi pandangan masing-masing. Pastikan rujukan yang dibuat berdasarkan kepada keyakinan rujukan tersebut.

“Tak salah untuk mengatakan tidak tahu kerana Imam Malik, Imam Syafie apabila ditanya oleh anak murid, kalau tak tahu, jawab tidak tahu.

“Kita ini masalahnya kadang-kadang apabila ada soalan, kita nak jawab semua. Sepatutnya perkara yang kita tidak tahu, kita jawab tidak tahu. Ini yang ajarkan oleh ulama terdahulu,” ujarnya.

Baru-baru ini, Don Daniyal dalam perkongsian di sebuah stesen radio memaklumkan salah satu waktu yang tidak boleh berpuasa ialah pada hari raya pertama sama ada pada hari raya Aidilfitri atau Aidiladha.



Perkara tersebut didakwa mengelirukan kerana umat Islam turut tidak boleh berpuasa pada hari Tasyrik yang merujuk kepada hari ke-11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah.

Don Daniyal atau dikenali sebagai Ustaz Don mengakui jawapan yang diberikan di sebuah stesen radio itu telah menimbulkan salah faham dan telah membuat permohonan maaf. K Online

Imam Malik, Imam Syafie pun kalau tak tahu, jawab tak tahu

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak dedah kedaifan hidup Mila Jirin, keluarga

Budak ‘intern’ sepak senior miang



Umpama ‘pertemuan’ di Mahsyar

Ramai tertipu dengan model jelita rambut pink



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker