Bersatu hantar notis kosong kerusi 6 Parlimen kepada speaker

Bersatu hantar notis kosong kerusi 6 Parlimen kepada speaker

Bersatu menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi enam Ahli Parlimennya yang terhenti keahlian serta-merta kepada pejabat speaker Dewan Rakyat hari ini, kata Naib Presiden Ronald Kiandee.

Kiandee dalam kenyataan berkata notis kekosongan kerusi Parlimen Jeli, Gua Musang, Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Tanjong Karang dan Labuan ditandatanganinya selaku ketua whip Bersatu dan sudah diterima pejabat Johari Abdul.



Katanya, mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan perenggan tiga, speaker Dewan Rakyat perlu memastikan berlakunya kekosongan luar jangka dalam tempoh 21 hari selepas notis diterima.

“Pengesahan kekosongan luar jangka ini hendaklah dihormati, apatah lagi Seksyen 18C Akta Pertubuhan memperuntukkan bahawa sebarang keputusan sesuatu parti politik adalah muktamad dan konklusif.

“Beliau (Johari) tiada pilihan kecuali mengisytiharkan enam kerusi Parlimen tersebut kosong dan seterusnya memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan suatu pilihan raya kecil diadakan,” katanya.

Perkembangan terbaharu itu menyusul selepas Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah semalam mengumumkan kekosongan kerusi DUN Nenggiri disandang Azizi Abu Naim, selepas menerima notis bawah Fasal (3) Perkara 31A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan memaklumkan Azizi hilang keahlian Bersatu dan berlaku kekosongan luar jangka bagi kerusi itu.



Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang antara enam wakil rakyat Bersatu terlucut keahlian kerana mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen lain yang menyokong Anwar terdiri Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari pula menyokong pentadbiran Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Mereka gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia.



Keahlian wakil rakyat Labuan Suhaili Abdul Rahman pula terhenti kerana memfailkan saman ke atas Bersatu pada 19 Dis tahun lalu. FMT

Bersatu hantar notis kosong kerusi 6 Parlimen kepada speaker

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kakak dedah kedaifan hidup Mila Jirin, keluarga

Budak ‘intern’ sepak senior miang



Umpama ‘pertemuan’ di Mahsyar

Ramai tertipu dengan model jelita rambut pink



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker