Hidung anda besar, ketahui fakta ini

Mehmet, lelaki Turki yang menurut rekod Guinness mempunyai hidung paling besar.

Hidung anda besar, ketahui fakta ini

Zaman sekarang, ramai orang suka melakukan pembedahan plastik untuk mengubah bentuk hidung supaya menjadi kecil dan mancung. Hidung sebegitu dianggap paling sempurna dan cantik. Manakala hidung besar dan kembang dianggap kurang menarik.

Kajian yang pernah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Jabatan Pekerjaan dan Kesihatan Alam Sekitar di Universiti Iowa, Amerika Syarikat mendapati, hidung yang besar sebenarnya mempunyai manfaat lebih baik.

Profesor Dr. Renne Anthony yang mengetuai kajian itu mendedahkan bahawa hidung besar memberikan perlindungan lebih banyak kepada pemiliknya daripada penyakit. Ini kerana hidung besar dapat menghirup kurang 6.5 peratus zarah atau bahan tercemar jika dibandingkan mereka yang berhidung kecil.

Hasil kajian yang diperoleh daripada penelitian ilmuwan terbabit juga menunjukkan, bentuk hidung yang besar berfungsi sebagai benteng untuk menyaring bakteria dan virus. Dengan adanya benteng tersebut, ia membantu mengurangkan risiko terkena infeksi kepada pemiliknya. Semakin besar ukuran hidung, semakin sukar debu dan partikel udara pembawa virus untuk masuk ke dalam tubuh.

Dalam penyelidikan itu, para pengkaji turut menjalankan uji kaji dengan membuat dua bentuk hidung tiruan. Hidung pertama ukurannya agak kecil dan hidung yang satu lagi berukuran 2.3 lebih besar daripada pertama. Setiap hidung diletakkan di kepala dan bibir buatan.

Keputusan ujian menunjukkan hidung besar memberikan perlindungan lebih baik. Ia membolehkan pemiliknya terhindar daripada debu dan pelbagai pencemaran. Penemuan positif daripada penyelidikan ini telah diterbitkan dalam jurnal Annal of Occupational Hygiene.

Dari sudut anatomi, saiz hidung sama ada mancung atau tidak, ditentukan oleh tulang rawan (nasal cartilage) dan dibentuk oleh tulang hidung (nasal bone). Organ ini berfungsi sebagai alat untuk mencium bau, menghirup udara dan menyaring udara. Debu dan mikroorganisma daripada udara yang disedut kemudian ditapis oleh bulu hidung, lalu diperangkap oleh selaput membran mukus.

Dalam lapisan membran mukus pula terdapat tisu epitelium. Tisu ini terdiri daripada sel yang berlapis-lapis seperti silia dan goblet. Sel goblet berperanan dalam menghasilkan mukus atau cecair berlendir. Sel silia pula akan menolak lendir yang terhasil tadi ke mulut dan diluahkan menjadi ludah.

Secara logiknya, apabila hidung seseorang itu besar, jumlah sel silia dan sel goblet juga akan turut bertambah. Apabila sel-sel ini bertambah terutama sel silia, kemampuannya sebagai penghalang dalam mengurangkan dampak atau risiko terkena infeksi juga semakin tinggi. Ini kerana, bendasing yang terperangkap dalam mukus atau lendir tidak akan turun ke farinks, trakea dan terus ke paru-paru.

Sebaliknya, cecair tersebut dibelokkan atau ditolak balik oleh rerambut silia dari tekak ke bahagian atas. Lalu ia keluarkan sama ada dalam bentuk hingus atau ludah, tanpa melalui atau sampai terus ke paru-paru.

Jadi, untuk mereka yang berhidung besar, gembiralah dengan bentuk hidung itu kerana ia memberi perlindungan terbaik untuk diri anda. Tak perlu lagi merasa rendah diri.

Fakta Tambahan

1.Hidung orang Eropah lebih besar kerana mereka hidup dalam cuaca sejuk dan berbentuk seperti paruh memudahkan mereka bernafas.

2.Mitos: untuk menaikkan hidung bayi menjadi mancung, hidung itu harus ditarik setiap pagi. Hakikat fakta sebenarnya: bentuk hidung tidak akan berubah kerana ia bersifat genetik.

3.Mitos: mereka yang memiliki hidung besar dikatakan bijak. Hakikat fakta: berhidung besar dapat menyedut lebih banyak oksigen menjadikan mereka kurang letih dan lebih konsentrasi. Ia tidak ada kena mengena dengan kebijaksanaan seseorang kerana bijak bukan diukur pada saiz hidung.

4. Pertandingan hidung terbesar di dunia pernah dilakukan di Jerman. Tujuannya bagi mencari wajah yang memiliki hidung ‘raksasa’.

5. Mehmet Ozyurek merupakan lelaki Turki yang dicatatkan sebagai hidung terbesar di dunia pada tahun 2005 dengan rekod 8.8 sentimeter. Hujung hidungnya saja berukuran 3.5 cm. Utv

Hidung anda besar, ketahui fakta ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak dedah kedaifan hidup Mila Jirin, keluarga

Budak ‘intern’ sepak senior miang

Umpama ‘pertemuan’ di Mahsyar

Ramai tertipu dengan model jelita rambut pink

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker