Dasar kerajaan dibuat tanpa pertimbangan, rakyat tanggung akibat – MCA

Penurunan harga telur sebanyak tiga sen tidak dapat mengimbangi kenaikan 55 peratus harga diesel, kata MCA.

Naib presiden parti itu, Wee Jeck Seng berkata banyak dasar kerajaan dibuat tanpa pertimbangan mendalam menyebabkan rakyat terpaksa menanggung akibatnya.

“Bukan sahaja rakyat terpaksa menanggung tekanan kenaikan kos sara hidup, tetapi kuasa membeli yang menurun juga boleh membantutkan pembangunan ekonomi,” katanya dalam kenyataan.

Ahli parlimen Tanjung Piai itu berkata demikian bagi mengulas penjelasan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai rasional penurunan harga telur semalam.

Menurut Anwar, kajian mendapati telur paling banyak dimakan oleh rakyat Malaysia, terutamanya isi rumah berpendapatan rendah yang mengambil kira-kira empat telur sehari.

Wee bagaimanapun mendakwa penjelasan Anwar itu dilihat tidak dapat mengimbangi impak kenaikan harga diesel yang mendadak berikutan rasionalisasi subsidi.

“D isebalik mahu merasionalisasikan subsidi, kerajaan memperuntukkan lagi RM100 juta untuk memberikan subsidi 10 sen untuk sebiji telur, membolehkan harga telur gred A, B, dan C dalam negara turun sebanyak 3 sen. Ini jelas menunjukkan wujudnya percanggahan dalam dasar.

“Tambahan pula, sebelum rakyat dapat menikmati penurunan harga sebanyak 3 sen ini, peniaga telur telah menaikkan harga sepapan telur 30 biji sebanyak 50 sen, malah media ada melaporkan bahawa peniaga di pasar malam juga sedang mempertimbang untuk menaikkan harga disebabkan kenaikan harga diesel ini,” katanya

Wee juga menggesa kerajaan mengkaji semula rasionalisasi subsidi diesel, sambil meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan.

“Kerajaan juga perlu mengkaji semula mekanisme pengapungan harga diesel, sambil berusaha untuk menstabilkan pasaran, serta mendengar pendapat dari pelbagai pihak untuk memastikan pelaksanaan dasar yang lebih komprehensif.

“Pada masa yang sama, daripada memperuntukkan RM100 juta untuk menurunkan harga telur sebanyak 3 sen, kerajaan sepatutnya lebih memberi perhatian kepada perlindungan bagi keluarga berpendapatan sederhana dan rendah, untuk meringankan tekanan yang mereka hadapi akibat kenaikan harga barang. Ini lebih sejajar dengan prinsip subsidi bersasar dan maksud sebenar rasional,” katanya.

Hanya untungkan ‘tauke telur’

Sementara itu, Presiden Gerakan Dominic Lau menggesa kerajaan mewujudkan pakej ekonomi atau program bantuan rakyat bernilai RM4 bilion, yang menyamai jumlah penjimatan perbelanjaan kerajaan hasil subsidi bersasar diesel.

Dalam kenyataan berasingan, Lau mendakwa inisiatif penurunan harga telur memberi manfaat kepada “tauke telur”.

“Anwar menjelaskan, kerajaan bercadang menurunkan harga telur sebanyak tiga sen bagi membantu rakyat termiskin. Namun, tanpa disedari kerajaan Madani telah berjaya menipu rakyat dan membantu ‘bos’ telur mengaut keuntungan daripada subsidi.

“Senarionya kerajaan Madani menambah subsidi RM100 juta atau bersamaan 10 sen sebiji untuk membayar pengeluar, tetapi rakyat hanya mendapat faedah pengurangan tiga sen sebiji dan baki tujuh lagi kepada pengeluar,” kata Lau.

Dia mempersoalkan sama ada kerajaan ikhlas membantu rakyat, atau penurunan harga telur itu semata-mata taktik menarik undi bagi PRK Sungai Bakap memandangkan pengeluar telur berkata tiada jaminan harga telur akan kekal.

“Pada pendapat saya, langkah tepat kerajaan memastikan produktiviti telur meningkat dari semasa ke semasa kerana ia dapat membantu dari segi permintaan dan mengurangkan bekalan, dalam masa yang sama memastikan harga telur dapat dikekalkan atau dikurangkan,” katanya.

Katanya, tindakan “tidak sensitif” kerajaan Madani akan merosakkan lagi sistem ekonomi negara, dan menyebabkan rakyat lebih menderita.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak dedah kedaifan hidup Mila Jirin, keluarga

Budak ‘intern’ sepak senior miang

Umpama ‘pertemuan’ di Mahsyar

Ramai tertipu dengan model jelita rambut pink

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker