1 by 1 Gentleman kesal bergaduh dengan Anne singlet putih (Video)

1 by 1 Gentleman kesal bergaduh dengan Anne singlet putih (Video)

Kejadian ‘One by one gentleman’ menjadi sensasi di Malaysia ekoran sifat kejantanan yang ditonjolkan oleh dua orang individu di dalam satu pergaduhan. Bagaimanapun, mereka sudah pun berdamai pada tempoh hari lalu.

Bagi salah seorang individu yang pernah terlibat dalam pergaduhan itu, Goh Yap Eng, tauke pasar mini Kim Leong tampil berkongsi mengenai insiden tersebut menerusi satu temu bual bersama BFMradio.



Goh Yap Eng menegaskan bahawa kejadian yang berlaku antara dirinya bersama seorang lelaki berbangsa india dengan singlet putih itu bukan disebabkan dalam keadaan mabuk seperti yang didakwa.

“Hari itu insiden one by one gentleman, bukan kita yang minta. Sebenarnya ini tidak berkaitan dengan kaum atau mabuk. Sebab ada orang kata mabuk la, tapi bukan. Setiap orang mabuk ada tahap dia.

“Contoh kalau saya mabuk, saya akan duduk diam-diam, saya pergi tidur, tengok TV, layan muzik. Tapi kalau seseorang guna minum bagi alasan, lepas itu dia boleh mengamuk dan buat apa-apa saja. Jangan melebih tahap itu.

“Sebab kita peniaga, kami harap semua pelanggan dan peniaga kedai sentiasa harmoni,” katanya kepada penemu bual.



Dalam masa sama, Goh Yap Eng turut mendedahkan dia tidak dapat tidur disebabkan kejadian tersebut.

“Ketika video saya menjadi viral, hari rabu malam tu, saya tidak boleh tidur sampai khamis . Lepas itu hari khamis polis menahan saya, duduk lokap selama dua hari.

“Sampai Sabtu petang, saya keluar, saya tak boleh tidur. Kalau diberi pilihan, saya tak mahu kejadian hari itu berlaku,” ujarnya.

Susulan itu, Goh Yap Eng menitipkan pesanan agar semua rakyat Malaysia bersatu dan apa yang berlaku tidak dikaitkan dengan isu perkauman.



“Saya nak nasihat semua orang belajar taekwando, kungfu, lepas itu ajak gaduh ini bukan perangai orang yang belajar martials arts. Saya berharap isu ini tidak terjadi isu perkauman.

“Malaysia sepatutnya harmoni, harap rakyat Malaysia bersatu. Jangan gaduh-gaduh, sebab tak berbaloi,” ujarnya lagi.

Mengimbau sejarah perniagaan kedai runcit tersebut, dia mendedahkan bahawa perniagaan adalah milik bapanya sejak 34 tahun dahulu.

Goh Yap Eng juga mendakwa dia terpaksa mengambil alih dan menjaga kedai runcit berkenaan namun tidak timbul sebarang kekesalan dengan berbuat sedemikian. VC



[videopress JRvPPhiZ]

1 by 1 Gentleman kesal bergaduh dengan Anne singlet putih (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak dedah kedaifan hidup Mila Jirin, keluarga



Budak ‘intern’ sepak senior miang

Umpama ‘pertemuan’ di Mahsyar



Ramai tertipu dengan model jelita rambut pink

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker