‘Saya nak papa, mama’ – Anak sulung pasangan suami isteri maut undang sebak [VIDEO]

Qaisara Damia meluahkan perasaan itu semasa pengkebumian kedua ibu bapanya iaitu Ridwan Effendy Yusof, 43, dan Suhana Khairudin, 37, di Tanah Perkuburan Islam Tunjong di Kota Bharu pada Isnin.

Tindakan anak sulung daripada dua beradik itu mengundang sebak kepada ahli keluarga, sanak saudara dan orang ramai yang menghadiri pengkebumian tersebut.

KOTA BHARU – “Saya nak papa…mama”, demikian luahan Qaisara Damia Ridwan Effendy, 15, anak sulung kepada pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di jalan Gua Musang – Lojing pada Ahad.

RTM rehatkan Don Daniyal



Qaisara Damia meluahkan perasaan itu semasa pengebumian kedua ibu bapanya iaitu Ridwan Effendy Yusof, 43, dan Suhana Khairudin, 37, di Tanah Perkuburan Islam Tunjong di sini pada Isnin.

Tindakan anak sulung daripada dua beradik itu mengundang sebak kepada ahli keluarga, sanak saudara dan orang ramai yang menghadiri majlis tersebut.

 



Bagaimanapun, Qaisara Damia berjaya ditenangkan oleh ahli keluarga selepas berulang kali memanggil kedua-dua orang tuanya itu. Gambar kanan: Suhana bersama dua anaknya, Qaisara Damia dan Aqid Darwisi.
Bagaimanapun, Qaisara Damia berjaya ditenangkan oleh ahli keluarga selepas berulang kali memanggil kedua-dua orang tuanya itu. Gambar kanan: Suhana bersama dua anaknya, Qaisara Damia dan Aqid Darwisi.

 

Bagaimanapun, Qaisara Damia berjaya ditenangkan oleh ahli keluarga selepas berulang kali memanggil kedua-dua orang tuanya itu.

Ibu saudaranya yang merupakan kakak kepada Suhana iaitu Suhaida, 42, memberitahu, Qaisara Damia dan adiknya, Aqid Darwisi, 9, cukup rapat dengan papa mama mereka.

“Pemergian ini masih mengejutkan mereka berdua.



“Setakat ini urusan penjagaan dua beradik ini akan kami bincangkan bersama keluarga belah adik ipar yang berasal dari Kedah,” katanya kepada pemberita.

Menurut dia, Qaisara Damia dan Aqid Darwisi merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mulong dan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Mulong.

Jenazah pasangan suami isteri tersebut disemadikan dalam satu liang lahad pada jam 9 pagi.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan, seorang wanita yang sedang mengandung anak kembar enam bulan dan suaminya maut selepas kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas di jalan Gua Musang – Lojing.



Bagaimanapun dua anak kepada pasangan yang maut itu mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, keluarga tersebut dikatakan dari arah Ipoh, Perak menghala ke Gua Musang.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Kia Rio yang dipandu anggota tentera tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan merempuh tembok longkang di tepi jalan.

“Akibat pelanggaran tersebut, anggota tentera terbabit tercampak keluar dari kereta,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?



Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap

BCL bikin hal lagi dalam kelab malam

Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker