Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor
Ketua Komuniti Penduduk Kampung Sri Makmur Mohd Azhar Ariff, 35, berkata pihaknya menyahut cabaran Menteri Besar Selangor Amirudin Shari bagi membuktikan bahawa mereka adalah penduduk asal kampung tersebut.
Dia mengulas kenyataan Amirudin yang meminta baki penduduk yang terjejas membuktikan bahawa mereka adalah penduduk asal yang wajar mendapat penempatan semula.
“Kami menyahut cabaran Menteri Besar dan kini sedang mengumpulkan segala dokumen dan bukti seperti yang diminta.
“Kami akan hantar senarai nama (penduduk) dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui Malaysiakini semalam.
Sebelum ini, media melaporkan hanya 21 keluarga mendapat tawaran pembelian seunit Rumah Selangorku dengan harga subsidi RM65,000 dan cek pampasan sebanyak RM1,000.
Baca Artikel Menarik:
Pada Khamis lalu, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata baki keluarga yang mendakwa terkesan dengan perobohan rumah di Kampung Sri Makmur, Gombak, Isnin lalu perlu membuktikan mereka adalah penduduk asal yang wajar mendapat penempatan semula selain tidak mendapat pampasan daripada mana-mana pihak.
Amirudin turut memaklumkan bahawa banyak peluang telah diberikan kepada penduduk kampung berkenaan sejak tiga tahun lepas.
Tambahnya, antara sebab tindakan perobohan itu dilakukan ialah banyak kehadiran warga asing mendiami kawasan tersebut.
Bukan tugas penduduk halang warga asing
Menjelaskan situasi sekarang, Mohd Azhar berkata walaupun sebahagian penduduk telah berpindah dan menumpang rumah saudara masih terdapat penduduk yang terpaksa tinggal di dalam kenderaan dan membuka khemah bersebelahan tapak kampung yang telah dirobohkan.
“Ada yang tinggal dalam van, pasang khemah di tepi semak. Mereka ini kebanyakannya ada kekangan kewangan untuk menyewa rumah lain. Jadi, kita boleh kata sekarang ini mereka umpama merempat,” katanya lagi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Komuniti Penduduk Kampung Sri Makmur, Ibrahim Din menjawab dakwaan pihak luar mengenai kebanjiran warga asing yang mendiami kampung itu.
Katanya, walaupun mengakui mengenai perkara tersebut namun hal itu tidak sepatutnya ditujukan kepada penduduk sebaliknya ia adalah tanggungjawab pihak berkuasa.
“Memang ada (warga asing) yang menyewa tapi peratusannya kecil, lebih kurang 10 peratus. Kami tak ada kuasa menghalang mereka (menyewa) di sini.
Baca Artikel Menarik:
‘Kami tidak keluar Bersatu, hanya mahu peruntukan kerajaan’ – MP Bersatu
“Kita ada pihak berkuasa, patutnya itu tugas mereka,” tambahnya.
Mengulas lanjut, Azhar berkata kumpulan penduduk antaranya menuntut kerajaan Selangor memberikan sebuah rumah gantian selain kos pemindahan rumah sebanyak RM10,000.
“Tapi harapan besar kami adalah untuk pihak kerajaan berunding dengan kami, tapi perkara itu tidak berlaku,” katanya lagi.
Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak pada satu kenyataan hari ini berkata tindakan pengusiran dan perobohan penempatan setinggan yang menceroboh tanah hak milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 27 dan 28 Mei lepas itu dibuat mengikut prosedur.
PDT Gombak memaklumkan perobohan itu berdasarkan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024.
Terdahulu, kerajaan Selangor telah menawarkan pembelian seunit Rumah Selangorku dengan harga subsidi RM65,000 dan sagu hati ‘ex-gratia’ sebanyak RM1,000 kepada 21 buah keluarga yang merupakan penduduk asal berdasarkan bancian pada 2006 dan 2016 mengikut senarai PTG Gombak.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ibrahim nak tolong Anwar punggah ‘duit’ Mahathir dari luar negara
- Janganlah macam ini Tuan Guru
- Kena buka tudung pulak, keluh Norish Karman
- Britney Spears bikin kecoh
- Mahathir minta Anwar bawa balik berbilion duit curi
- Tentera tendang kepala seorang lelaki depan orang ramai
- Tunjuk ‘kemaluan’ dan bercakap lucah ketika panggilan video, ‘content creator’ ditahan polis
- Pulangkan semula, bukan hak kita
- Cliff Umar mengaku miliki heroine, berdepan penjara 5 tahun
- Hassan betul tentang kes pengiring kerabat raja pukul OKU, tapi…
- Ini punca mengapa Cameron Highland sesak teruk menjelang cuti sekolah
- Tajuddin mahu kembali kepada UMNO
- Ozlynn bongkar sikap sebenar Johan
- ‘Sidai’ murid tengah panas, KPM akan ambil tindakan
- Ketahuilah 8 Selebriti Terkenal Ini Miliki Otak Geliga Dalam SPM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.