Kes bunuh kanak-kanak autisme: Ibu bapa Zayn Rayyan telah ditahan Polis

Polis telah menahan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin – kanak-kanak autisme berusia enam tahun yang dibunuh pada Disember.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini berkata penahanan dibuat selepas polis menemui beberapa petunjuk baru dalam kes itu.

“Ya. Saya sahkan tangkapan ibu dan bapa. Akan reman pagi ini.



“Berpandukan risikan sejak hari kejadian sehingga sekarang.

“Tangkapan ini untuk bantu siasatan,”

Menurut Hussein, kes masih disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.

Beberapa media melaporkan polis telah menahan ibu bapa kanak-kanak itu di Puncak Alam pagi semalam.



Zayn Rayyan, kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun, ditemui meninggal dunia di tepi sungai kira-kira 200 meter dari rumahnya di Damansara Damai, Petaling Jaya, sekitar 10 malam pada 6 Dis.

Mayatnya ditemui oleh anggota pasukan pencarian yang ditubuhkan untuk mencari kanak-kanak lelaki itu, yang dilaporkan hilang pada petang 5 Dis.

Polis pada mulanya mengesyaki kanak-kanak itu mati lemas, tetapi mengklasifikasikan semula siasatan mereka kepada pembunuhan selepas bedah siasat mendedahkan dia dicekik.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?



Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap

BCL bikin hal lagi dalam kelab malam



Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker