Tentera tendang kepala seorang lelaki depan orang ramai

Satu video klip tular di media sosial memaparkan perbuatan seorang anggota tentera yang melakukan kekerasan terhadap seorang lelaki dengan menendang kepala mangsa, lapor akhbar Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Kampung Johar Baru, wilayah Sumatera Utara petang semalam.

Menerusi rakaman pendek yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @memomedsos_official, askar yang menyarung pakaian seragam itu dilihat memarahi seorang penunggang motosikal.

Ketika kejadian, penunggang berkenaan difahamkan melanggar anggota tentera itu yang membawa isterinya.

Lebih mengejutkan apabila dia mula menendang kepala lelaki itu di hadapan orang ramai.

“Macam mana anak saya tu? Baru 2 minggu hamil. Kamu tak nampak ke lampu isyarat saya belok ke kiri?” jerit askar berkenaan.

Bagaimanapun, masih belum jelas punca kejadian dan pengakhiran mereka.

Rakaman ini menjadi tular dan rata-rata netizen berang dengan tindakan anggota tentera tersebut.

“Awalnya tak salah kerana dia marah sebab melanggar isterinya yang sedang hamil, tetapi kenapa kena tendang?” kata seorang pengguna laman sosial. – AGENSI

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isham syok sendiri, nama tak masuk dalam buku pun

7 wakil rakyat Bersatu terus ‘buat bodoh’

Puntianak bertenggek ‘teman’ pengendali jengkaut (Video)

Yang cabul sepupu itu cucu saya – Khadijah Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker