Pahang berjaya noktah miskin tegar – Wan Rosdy
Pahang berjaya noktah miskin tegar – Wan Rosdy
Kerajaan Pahang secara rasmi menoktahkan miskin tegar di negeri itu, kata Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail.
Dia berkata pencapaian itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Pahang Zulkifli Yaacob dan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Pahang Fadzilla Salleh pada mesyuarat exco yang berlangsung di Kuantan, hari ini.
“Tadi dalam mesyuarat Exco, saya diberitahu Setiausaha Kerajaan (negeri) bahawasanya miskin tegar (pendapatan) RM1,204 sebulan… dan hari ini dimaklumkan oleh Pengarah (PPN) dan agensi bertanggungjawab mengatakan bahawa bermula dari hari semalam, negeri Pahang berjaya menoktahkan miskin tegar.
“Sebelum itu, pada tahun 2023 kerajaan Pahang mengeluarkan 60 peratus keluarga miskin tegar… daripada 6,000 lebih tinggal kepada hampir 3,000.
Usaha, bukan tiba-tiba
“Maknanya yang baki itu berjaya dinoktahkan semalam,” katanya ketika ditemui media di Kuantan, petang tadi.
Terdahulu, Wan Rosdy meraikan 98 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Menengah Orang Asli seluruh Pahang yang memperoleh keputusan cemerlang.
Pengumuman dibuat Wan Rosdy itu menyaksikan Pahang menjadi negeri pertama untuk tahun ini yang berjaya menoktahkan miskin tegar.
Tahun lalu, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan turut menoktahkan miskin tegar di negeri masing-masing.
Kerajaan Pusat sebelum ini menetapkan sasaran asal dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi menghapuskan miskin tegar menjelang 2025, namun disingkatkan kepada tahun ini.
Dalam pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan memperuntukkan RM500 juta untuk membasmi kemiskinan menerusi Inisiatif Pendapatan Rakyat.
Pada masa sama, Kerajaan Perpaduan memperuntukkan RM1.5 bilion dalam Kajian Separuh Penggal RMK12 untuk menggerakkan program dan projek yang mampu menjana pendapatan bagi golongan sasar.
Ketika diminta mengulas lanjut berkaitan kejayaan Pahang itu, Wan Rosdy memberitahu pencapaian itu adalah hasil usaha berterusan kerajaan negeri dalam mensejahterakan rakyat.
“Ini bukannya berlaku secara tiba-tiba, tapi ada usaha yang kita lakukan secara berfokus dengan sasaran utama adalah untuk mengeluarkan mereka (keluarga miskin tegar) dari kitaran ganas kemiskinan.
“Kita tahu kemiskinan ini subjektif dan tidak mustahil akan ada balik kumpulan ini.
“Namun, saya memberi jaminan kerajaan Pahang akan terus memantau dan berusaha untuk memastikan apa yang kita boleh buat, patut buat dan apa yang kita boleh bantu mereka,” katanya. Mk
Pahang berjaya noktah miskin tegar – Wan Rosdy
Baca Artikel Menarik:
- Saya takkan kembali ke parti rosak, ditolak rakyat – Annuar Musa
- Dakwaan pengiring TMJ serang OKU disiasat polis
- Murid ‘disidai’ tengah panas selama 3 jam bakal OKU
- Afidavit Wan Rosdy mesej paling kuat daripada UMNO
- Pasangan viral dah nikah
- Akmal setuju dengan Ku Li
- DAP senyap isu kontrak buat suami menteri
- Jual ‘coklat minda’ tiruan bacaan ulama depan sekolah
- Awas dengan aplikasi TEMU
- SPM 6A, anak Kak KM dapat Mercedes dan RM10k
- Bantulah kami untuk balik ke Malaysia
- Ellie Suriaty bantu urus majlis kahwin bekas suami
- Pembeli tanah lot lidi tiada hak sebagai tuan tanah – Bukit Aman
- Pegawai kanan polis didakwa tutup kes beli senjata warga Israel
- Sharifah Sakinah mohon maaf
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
7 wakil rakyat Bersatu terus ‘buat bodoh’