Mahu pampasan, bukti dahulu penduduk asal Kampung Sri Makmur – MB Selangor

PETALING JAYA: Baki penduduk yang mendakwa terkesan dengan perobohan rumah di Kampung Sri Makmur, Gombak, baru-baru ini perlu membuktikan mereka penduduk asal yang wajar mendapat penempatan semula, selain tidak mendapat pampasan daripada mana-mana pihak.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, pihaknya bersedia melihat kembali bantuan yang boleh diterima keluarga berkenaan kerana ia tugas hakiki kerajaan negeri.

“Kita bersedia lihat balik apa boleh dibantu, tetapi bukanlah saya janji saya ganti tetapi … kena buktikan mereka penduduk asal (yang) wajar dapat penempatan dan tidak dapat pampasan lain.



“Itu antara syarat kita letakkan, jadi (bagi sesetengah mereka) prasyarat itu tidak dipenuhi (jadi) ditolak. Yang 21 (penduduk penuhi syarat), kita telah beri (pampasan),” katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, media melaporkan hanya 21 daripada 153 buah keluarga di kampung itu yang kediaman mereka dirobohkan mendapat pampasan RM1,000 serta penempatan semula di Rumah Selangorku.

Menurut Amirudin, sudah banyak peluang diberikan kepada penduduk kampung berkenaan bermula kira-kira dua atau tiga tahun lepas.

“Kita dah bagi peluang agak lama dari dua (atau) tiga tahun lepas, termasuk rayuan terakhir selepas Hari Raya dan kita telah penuhi,” katanya.



“…ada permintaan untuk lihat lagi tujuh, lapan orang kita berikan mereka (peluang) untuk buktikan beberapa syarat ditetapkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), tetapi selebih itu tak dapat buktikan.”

Beliau berkata, antara sebab tindakan itu dilakukan ialah kehadiran banyak warga asing di kawasan tersebut.

Menurut Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), isu di kawasan itu bermula sejak Julai 2006 apabila operasi perobohan dilaksanakan terhadap sebahagian unit rumah.

Bagaimanapun, bancian pada 2016 mendapati jumlah rumah meningkat kepada 204 unit berbanding 80 buah pada 2006.



PKNS memaklumkan tanah di kampung itu telah dijual kepada sebuah syarikat pada 8 Sept 2020 dan syarikat tersebut memperoleh perintah mahkamah untuk melaksanakan tindakan meroboh semua struktur di tanah itu pada 14 Mei lepas.

Kerajaan Selangor turut menawarkan pembelian seunit Rumah Selangorku dengan harga subsidi RM65,000 dan sagu hati ‘ex-gratia’ sebanyak RM1,000 kepada 21 setinggan asal, berdasarkan pengesahan bancian pada 2006 dan 2016 mengikut senarai Pejabat Daerah Daerah dan Tanah Gombak.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isham syok sendiri, nama tak masuk dalam buku pun

7 wakil rakyat Bersatu terus ‘buat bodoh’



Puntianak bertenggek ‘teman’ pengendali jengkaut (Video)

Yang cabul sepupu itu cucu saya – Khadijah Ibrahim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker