Peristiwa turunnya surah al-Ikhlas hingga Rasulullah s.a.w. hampir terbunuh

Peristiwa turunnya surah al-Ikhlas hingga Rasulullah s.a.w. hampir terbunuh

Surah al-Ikhlas merupakan surah yang ke 112 dalam susunan al-Quran. Surah ini termasuk dalam kategori Makiyyah yang mengandungi empat ayat. Diriwayatkan dari Ibnu Abi Hatim bahawa ayat pertama dari surah ini turun ketika kaum Musyrikin bertanya kepada Baginda s.a.w. tentang sifat tuhan,

“Wahai Muhammad, sebutkan sifat Tuhanmu”



Sedangkan dalam kitab al-Mawaizh al-Usfuriyah disebutkan sebab turunnya surah ini sebagaimana yang dikisahkan oleh Ubay bin Kaab r.a. bahawa suatu hari orang-orang kafir Mekah telah berkumpul.

Di antara kumpulan itu adanya Amir bin Thufail, Zaid bin Qois dan lain-lain yang berkata,

“Hai Muhammad! Beritahu kami sifat Tuhanmu. Adakah dia berasal dari emas, perak, besi atau tembaga? Kerana tuhan-tuhan kami adalah berasal dari benda itu”

Mendengar pertanyaan orang kafir itu, maka Rasulullah s.a.w. berkata,



“Aku adalah utusan Allah. Sesungguhnya Allah tidak menyamai sesuatu. Aku tidak mengatakan kalau Allah itu adalah sesuatu”

Usai itu, kemudian Allah S.W.T. menurunkan kepada Baginda s.a.w. wahyu berupa surah al-Ikhlas ayat 1 hingga 4 bagi menjawab pertanyaan kaum musyrikin Mekah tersebut. Ayat dari surah itu bermaksud,

“Katakanlah (Muhammad): Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah tempat meminta segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan Dia”

Rasulullah s.a.w. hampir terbunuh



Dalam riwayat yang lain disebutkan bahawa sebab turunnya surah ini adalah ketika Rasulullah s.a.w. hendak pergi berhijrah menuju ke Madinah. Ketika itu orang-orang kafir Quraisy Mekah berkumpul di pintu jalan Nadwah iaitu jalan perkampungan Abu Jahal. Mereka berkata,

“Barangsiapa yang mampu membawa Muhammad atau kepalanya kepada kita, maka kita akan memberinya 100 ekor unta yang merah yang hitam biji matanya”

Dalam kumpulan yang ramai itu tiba-tiba seorang lelaki bernama Suroqoh bin Malik berdiri dan berkata dengan tegas dan lantang,

“Aku akan membawa Muhammad kepada kalian”



Setelah itu Suroqoh segera pergi mencari dan mengejar Rasulullah dan ia akhirnya berhasil menemui Baginda s.a.w. di suatu tempat. Suroqoh menghunuskan pedangnya untuk membunuh Baginda s.a.w. namun tiba-tiba tanah menahannya hingga kaki kuda Suroqoh terbenam ke dalam tanah sehingga ke pangkal lutut. Kemudian Suroqoh berkata,

“Wahai Rasulullah! Ampuni aku! Ampuni aku!”

Kemudian Baginda berdoa dan Suroqoh terselamat. Setelah beberapa ketika Suroqoh kembali semula menghunuskan pedangnya untuk membunuh Rasulullah. Dan kemudian sekali lagi kaki kudanya terperosok lebih dalam hingga sampai pula ke perut.

Dan sekali lagi Suroqoh memohon keampunan dari Baginda s.a.w. Kemudian Baginda berdoa dan Suroqoh sekali lagi terselamat.



Suroqoh lalu turun dari kudanya dan mencegah Rasulullah di depan unta beliau. Kemudian Suroqoh berkata,

“Wahai Rasulullah! Beritahu aku siapakah Tuhan mu yang memiliki kekuasaan seperti ini? Apakah ia terbuat dari emas atau perak?

Rasulullah s.a.w. menundukkan kepala dan diam sebentar. Seketika kemudian Jibril a.s. turun dan mengatakan,

“Katakanlah hai Muhammad! Allah adalah zat yang Maha Esa. Allah adalah zat yang diperlukan oleh semua makhluk. Dia tidak melahirkan dan tidak dilahirkan. Tidak ada satu pun yang menyamai Nya.



Katakanlah Hai Muhammad! Allah adalah zat yang menciptakan langit dan bumi. Dia telah menciptakan pasangan dari binatang-binatang ternak. Tidak ada sesuatu yang menyamai Nya. Dia adalah zat yang Maha Mendengar dan Maha Melihat”

Mendengarkan ucapan dari Baginda s.a.w. Suroqoh berkata,

“Wahai Rasulullah! Tuntunlah aku masuk Islam”

Kemudian Rasulullah s.a.w. menuntunnya masuk Islam dan dia menjadi seorang muslim yang sangat baik.

Tafsiran al-Ikhlas

Menurut Ibnu Abbas r.a. kalimah as-Somad pada ayat kedua (tempat meminta segala sesuatu) adalah zat yang tidak memiliki perut, tidak makan dan tidak minum. Seandainya Allah memiliki perut maka Dia tentu memerlukan sesuatu. Sedangkan Dia itu tidak langsung memerlukan sesuatu apapun melainkan segala makhluk yang memerlukan Nya.

Selain itu ada juga pandangan yang mengatakan kalimah as-Somad adalah tidak melahirkan dan tidak dilahirkan.

Adapun maksud bagi kalimah “Lam Yalid” pula adalah bermaksud Allah tidak memiliki anak yang kemudiannya nanti mewaris Kerajaan Nya.

Manakala maksud “Lam Yulad”pula adalah Allah tidak memiliki ibu atau bapa yang memberikan warisan kepada Nya.

Sedangkan maksud bagi “Walam yakun lahu kufuwan ahad” adalah bahawa Allah tidak memiliki lawan, tidak memiliki saingan, tidak memiliki sesama dan tidak ada sesiapa pun yang menyamai Nya. Wallahu a’lam. Utv

Peristiwa turunnya surah al-Ikhlas hingga Rasulullah s.a.w. hampir terbunuh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan

Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker