Azalina perlu ditukar – UMNO Cawangan SS9A Damansara
Ketua Penerangan UMNO itu tidak fokus.
Azalina perlu ditukar – UMNO Cawangan SS9A Damansara
UMNO Cawangan SS9A, Damansara mengusulkan satu pertukaran atau rombakan bagi jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang disandang oleh Datuk Seri Azalina Othman Said, ketika ini, yang didakwa tidak fokus dalam tugasan beliau.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Damansara, Amin Shukor berkata, sebagai seorang menteri dan kepimpinan yang berjasa sekian lama, UMNO Cawangan SS9A beranggapan beliau tidak fokus kepada tugas Ketua Penerangan parti serta disifatkan sekarang ini perlu lebih pro aktif.
Katanya, akar umbi UMNO keseluruhannya memerlukan satu perlaksanaan strategi serta gerak kerja hala tuju drastik yang lebih jelas agar setiap tindakan akar umbi itu tidak tersasar.
“Sebagai seorang menteri, kami yakin beliau cukup ‘perform’ dan ini jelas menguntungkan UMNO. Oleh itu, kita memerlukan individu yang mungkin boleh lebih fokus untuk bertindak sebagai Ketua Penerangan dan ‘ada masa’ merencana usaha-usaha serta tindakan tidak bermusim.
“Satu pelan naratif masa depan UMNO yang lebih praktikal perlu segera digerakkan oleh Ketua Penerangan serta segala usaha perlu digembleng kepada usaha bersangkutan portfolio penerangan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambah Amin, UMNO Cawangan SS9A juga ingin mengusulkan untuk kepimpinan parti mempertimbangkan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bagi menggalas seterusnya portfolio sebagai Ketua Penerangan yqng baharu.
“Melalui kemahiran, pengetahuan serta pengalaman dimiliki beliau, ianya dilihat satu kelebihan yang boleh diguna pakai untuk kebaikan UMNO.
“Selain UMNO Cawangan SS9A juga beranggapan beliau ‘ada masa’ untuk lebih fokus merencana, bergerak dan bertindak sebagai Ketua Penerangan yang baru,” jelasnya. K Online
Azalina perlu ditukar – UMNO Cawangan SS9A Damansara
Baca Artikel Menarik:
- Kronologi serang Balai Polis Ulu Tiram, dua pelajar IPT turut ditahan
- Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram ahli Jemaah Islamiyah
- Jangan cuba ganggu UiTM – Dr Akmal
- Doktor pun mengadu letih
- Ini jumlah diterima Ronaldo bagi setiap hantaran di Instagram
- Kulit kami gebu sebab laksa Sarawak – Sharifah Zarina
- Ambil nyawa sayalah – Dr Akmal (Video)
- Polis mula siasatan resit pesanan persenda Islam
- Kedah tak dipaksa pun jadi miskin
- Ibu bapa sediakan 10 gelang emas sebagai hadiah Hari Guru
- Status anak Halim Othman, ini kata JPN
- Terpaksa layan nafsu 35 lelaki sehari
- Sejarah hitam bakal suami Ayu Ting Ting
- Solat 17 rakaat sehari – 3,750 gerakan sebulan, 42,840 gerakan setahun
- Individu yang mahu sembelih ibu bapa Naim Daniel dikenalpasti polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan
Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024
Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram
You must be logged in to post a comment.