Saya tak akan jawab – Syed Abu Hussin

Surat BERSATU tiada maknanya.

Saya tak akan jawab – Syed Abu Hussin

“Surat itu tiada makna dan saya tak akan jawab,” Demikian jawapan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal ketika ditanya mengenai tindakannya selepas menerima surat arahan yang dikeluarkan oleh BERSATU semalam.

“Saya dah pun terima surat berkenaan, tiada apa-apa makna dan saya tak akan jawab.



“Saya nak tunggu apa tindakan mereka (selepas 14 hari) dan jika berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) pun saya saya akan turun bertanding.

“Apa yang saya buat adalah mahu menunjukkan tindakan mereka itu tak betul, merosakkan fikiran rakyat dan mengganggu Ahli Parlimen menjalankan tugas,” katanya selepas meninjau mangsa banjir Kampung Jelutung, Changkat Ibol di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin, kepada semua Ahli Parlimen parti itu yang sebelum mengumumkan sokongan masing-masing kepada kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Syed Abu Hussin Hafiz berkata, beliau turut merujuk surat BERSATU itu kepada peguam serta bekas hakim dan mereka memaklumkan ada kesalahan kerana sengaja membuat gangguan dan menghasut rakyat.



Beliau menjangkakan kesemua enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersedia mengambil tindakan jika perlu bagi memberi kesedaran pada BERSATU.

Ditanya mengenai parti yang akan dia wakili jika berlaku sebarang PRK di kawasan itu kelak, beliau belum bersedia mengumumkannya.

Hamzah dalam kenyataannya pada Jumaat, memberi tempoh 14 hari kepada semua Ahli Parlimen dan ADUN terbabit untuk membalas arahan bertulis dikeluarkan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Katanya, kegagalan mereka berbuat demikian akan menyebabkan keahlian masing-masing dalam BERSATU terhenti dengan serta-merta mengikut Fasal 10.4 perlembagaan parti itu. BH



Saya tak akan jawab – Syed Abu Hussin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan



Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah



Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker