2 lelaki cuba masuk Istana Negara bawa parang ditahan

Cuba masuk Istana Negara bawa parang, 2 lelaki ditahan

Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas cuba memasuki Istana Negara selepas mendakwa mahu berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, petang semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata dalam kejadian kira-kira 4.40 petang, lelaki berusia 29 dan 37 tahun itu ditahan ketika cuba memasuki Pintu 3 dengan sebuah Perodua Kembara.



Katanya, pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan itu turut menemukan sebilah parang.

“Hasil ujian saringan awal air kencing suspek adalah negatif.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958,” katanya dalam kenyataan.



Menurut beliau, semua suspek direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

“Polis menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan sesuatu berita yang tidak pasti. Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. FMT

2 lelaki cuba masuk Istana Negara bawa parang ditahan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan

Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024



Maaf ya pelakon bermasalah

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker