Serangan balai polis: ‘Ami, terima kasih jadi anak yang baik’
Serangan balai polis: ‘Ami, terima kasih jadi anak yang baik’
“Ami kau buat kami sedih, kenapa pergi Ami? Terima kasih jadi anak yang baik”.
Itulah luahan kakak kepada salah seorang anggota polis yang maut dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi tadi.
Mangsa, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar maut di lokasi kejadian akibat ditetak pada bahagian belakang leher dan kepala oleh suspek.
Menerusi InstaStory kakak mangsa yang menggunakan akaun @i.shamimie, meminta orang ramai untuk mendoakan arwah adiknya dan mengakui masih terkejut dengan berita tersebut.
“Kuat kan kami sekeluarga kuat hadapi ujian ini Ya Allah. Mohon sedekahkan al-Fatihah untuk arwah adik saya,” katanya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua anggota polis maut, manakala seorang lagi parah selepas ditembak dan ditetak oleh seorang individu yang bertindak menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru sekitar pukul 2 pagi hari ini.
Lelaki yang menyerang balai tersebut turut mati ditembak dalam kejadian berdarah terbabit.
Menurut sumber, suspek iaitu lelaki yang memakai topeng dan berpakaian gelap menyerang balai polis tersebut dengan menggunakan senjata parang.
Suspek bertindak mencederakan dua anggota polis yang sedang bertugas, sebelum merampas dua laras senjata api dan melepaskan dua das tembakan. K Online
TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan
2 anggota polis terkorban dikebumikan di Bidor, Gambang
Dua anggota polis yang maut diserang di Balai Polis Ulu Tiram, akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Bidor, Perak dan Gambang, Kuantan, selepas bedah siasat selesai.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata seorang lagi anggota yang parah kini stabil, selepas terkena tembakan di bahu kiri dan pinggul dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.
“Dua anggota yang terkorban masing-masing mula bertugas pada 2021 dan 2022 dan mereka masih bujang.
“Jenazah dua anggota terkorban akan dibawa balik ke kampung halaman mereka di Bidor dan Gambang, selepas semua proses bedah siasat selesai.
“Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota yang terkorban dalam serangan awal pagi tadi.
“Bagaimanapun, kebajikan dan keperluan anggota, kita akan uruskan dengan baik termasuk keluarga mangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di perkarangan Balai Polis Ulu Tiram, di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.
Serangan balai polis: ‘Ami, terima kasih jadi anak yang baik’ HM
Baca Artikel Menarik:
- Kronologi serang Balai Polis Ulu Tiram, dua pelajar IPT turut ditahan
- Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram ahli Jemaah Islamiyah
- Jangan cuba ganggu UiTM – Dr Akmal
- Doktor pun mengadu letih
- Peminat risau Fatiya Latiff kerap bertukar pasangan
- Kulit kami gebu sebab laksa Sarawak – Sharifah Zarina
- Ambil nyawa sayalah – Dr Akmal (Video)
- Polis mula siasatan resit pesanan persenda Islam
- Kedah tak dipaksa pun jadi miskin
- Ibu bapa sediakan 10 gelang emas sebagai hadiah Hari Guru
- Status anak Halim Othman, ini kata JPN
- Terpaksa layan nafsu 35 lelaki sehari
- Sejarah hitam bakal suami Ayu Ting Ting
- Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah
- Saya pendosa yang jujur – Aliff Aziz (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024
You must be logged in to post a comment.