Paksa melutut minta maaf, ini pandangan Islam
Paksa melutut minta maaf, ini pandangan Islam
Perbuatan melutut (kneel) boleh difahami sebagai postur tubuh seseorang yang menunduk atau merendahkan badannya sambil disokong oleh salah satu atau kedua-dua belah lutut yang diletakkan di atas tanah.
Lazimnya, perbuatan melutut ini dilakukan dalam kerangka keagamaan ataupun kebudayaan setempat yang menjadi simbol untuk memberi penghormatan, penyerahan, penyembahan, pengabdian dan sebagainya.
Dari segi sejarah ketamadunan manusia, perbuatan melutut sinonim sejak dari zaman tamadun purba lagi dan dilihat sebagai salah satu bentuk penyerahan dan penghormatan oleh seorang hamba abdi kepada tuannya.
Dalam konteks keagamaan, setiap agama memiliki tafsiran tersendiri terhadap perbuatan melutut. Contohnya, postur melutut yang membawa maksud penyerahan kepada Allah SWT dalam agama Islam adalah berbeza dengan agama-agama lain. Dalam syariat Islam, perbuatan melutut yang membawa maksud pengabdian dan penyembahan kepada Allah SWT terhasil menerusi pergerakan dalam solat seperti rukuk, sujud, iftirasy (duduk antara dua sujud) dan ketika berdoa.
Dengan perkataan yang lain, perbuatan ini hanya dikhususkan apabila bertujuan menunaikan ibadah kepada Allah SWT sahaja.
Melihat situasi berdasarkan persoalan seperti di atas, perbuatan melutut yang dimaksudkan adalah lebih cenderung kepada satu bentuk paksaan terhadap orang lain agar merasakan dirinya lebih rendah, hina dan bersalah.
Manakala, pihak yang memaksa itu pula mahu mendapatkan kemuliaan dan ketinggian daripada orang lain.
Terdapat perbincangan dalam kalangan fuqaha mengenai hukum menunduk atau melutut kepada orang lain. Antaranya seperti fatwa daripada Imam al-Nawawi, hukumnya adalah makruh yang ditegah kepada umat Islam untuk melakukannya.
Oleh yang demikian, perbuatan memaksa orang untuk meminta maaf dalam keadaan melutut dan menundukkan badan atau kepala adalah dilarang kerana ia bertentangan dengan konsep bermaaf-maafan sesama manusia.
Kesimpulannya, perbuatan memaksa orang lain melutut untuk membuat permohonan maaf adalah dilarang dalam Islam kerana ia merupakan hak mutlak Allah SWT ke atas hamba-Nya apabila semua manusia dibangkitkan pada hari akhirat.
Sementara itu, perbuatan merendahkan sedikit tubuh mengikut sesetengah adat masyarakat setempat sebagai tanda memuliakan golongan dihormati adalah dibenarkan selagi ia tidak dilakukan secara berlebih-lebihan. K Online
Paksa melutut minta maaf, ini pandangan Islam
Baca Artikel Menarik:
- Kronologi serang Balai Polis Ulu Tiram, dua pelajar IPT turut ditahan
- Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram ahli Jemaah Islamiyah
- Jangan cuba ganggu UiTM – Dr Akmal
- Doktor pun mengadu letih
- Ini jumlah diterima Ronaldo bagi setiap hantaran di Instagram
- Kulit kami gebu sebab laksa Sarawak – Sharifah Zarina
- Ambil nyawa sayalah – Dr Akmal (Video)
- Polis mula siasatan resit pesanan persenda Islam
- Kedah tak dipaksa pun jadi miskin
- Ibu bapa sediakan 10 gelang emas sebagai hadiah Hari Guru
- Status anak Halim Othman, ini kata JPN
- Terpaksa layan nafsu 35 lelaki sehari
- Sejarah hitam bakal suami Ayu Ting Ting
- Solat 17 rakaat sehari – 3,750 gerakan sebulan, 42,840 gerakan setahun
- Individu yang mahu sembelih ibu bapa Naim Daniel dikenalpasti polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan
Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024