Lee Chong Wei dikehendaki Russia

Lee Chong Wei dikehendaki Russia

Russia merancang untuk menjadi kuasa baharu badminton eropah apabila menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat lagenda negara, Datuk Lee Chong Wei bagi melatih pemain mereka.

Memetik laporan Bernama, permintaan itu dibangkitkan pada sidang media Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia, Profesor Dr Maszlee Malik di pusat media Forum Ekonomi Antarabangsa ke-15 “Russia-Dunia Islam: KazanForum 2024” pada Rabu.



Permintaan itu dibuat kepada Maszlee dalam bahasa Russia dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris melalui jurubahasa.

Sebagai balasan, Maszlee berkata beliau akan menyampaikan permintaan itu kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk jaguh badminton negara termasuk Datuk Lee Chong Wei, melatih pemain Russia.

Maszlee menyifatkan permintaan itu adalah satu penghormatan bagi negara. Selain bangga, beliau sangat gembira dan teruja.

Chong Wei telah mengumumkan persaraan daripada sukan Badminton ketika berusia 37 tahun kerana faktor kesihatan.



Bekas pemain nombor satu dunia itu, ia adalah keputusan paling sukar pernah dibuatnya, namun selepas berfikir panjang termasuk mendapatkan pandangan isterinya Datin Wong Mew Choo.

Selain daripada menghimpun koleksi tiga pingat perak Sukan Olimpik (2008, 2012 dan 2016) dan tiga kali muncul sebagai naib juara dunia (2011, 2013 dan 2015), Chong Wei juga muncul sebagai satu-satunya pemenang terbanyak gelaran Super Series sebanyak 46 kali.

Sebelum ini beliau mengakui ada menerima tawaran untuk menjadi jurulatih di luar negara termasuk Singapura, namun kurang berminat untuk melatih mana-mana pemain.

“Ya betul, saya ada menerima tawaran tapi buat masa sekarang saya tidak berminat untuk menjadi jurulatih.



“Sejak bersara saya memberi fokus kepada perniagaan dan saya tidak mengejar apa-apa. Tujuan hidup adalah untuk dinikmati,” katanya dipetik dalam Arena Metro. Vc

Lee Chong Wei dikehendaki Russia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan

Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024



Maaf ya pelakon bermasalah

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker