Arwah Fahmi banyak ‘repost’ tentang Palestin

Serangan Balai Polis Ulu Tiram.

Arwah Fahmi banyak ‘repost’ tentang Palestin

Sering berkongsi tentang isu Palestin menjadi tumpuan orang ramai hari ini ketika melihat akaun media sosial Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, salah seorang anggota polis yang maut dalam tragedi berdarah di Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi tadi.

Dengan menggunakan nama pengguna @fahmi_5335, kali terakhir Allahyarham memuat naik hantaran adalah pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas.

Bagaimanapun, yang mencuri perhatian pengguna media sosial adalah Allahyarham sering berkongsi semula video-video tentang Palestin dan pelbagai motivasi serta ceramah keagamaan oleh pendakwah-pendakwah tanah air.

Selain itu juga, lebih meruntun jiwa pengguna media sosial apabila melihat Allahyarham sering mengulang siar beberapa video tentang kemuliaan ibu bapa dan kasih sayang antara ahli keluarga.

“Sedihnya tengok ‘repost’ Allahyarham Fahmi. Semoga ditempatkan dalam kalangan para syuhada,” komen Natasha.

“Kalau tengok pada ‘repost’ nya, Allahyarham sangat peduli tentang Palestin, banyak ‘repost’ tentang peperangan di sana. Baru semalam Allahyarham ada ‘repost’ pasal ibu juga,” komen Scha pula.

Dalam pada itu, hampir semua hantaran di akaun TikToknya dibanjiri komen orang ramai yang mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Memikul dua tanggungjawab sebagai seorang anak yang bawa harapan untuk keluarga, dan menjadi seorang anggota polis untuk menjaga keamanan negara. Semoga tenang disana, tuan. Salam takziah,” komen Isabelle.

“Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” komen Yaya Rohana.

“Al-Fatihah moga ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Seorang anak yang baik. Ibu bapa pun baik-baik belaka. Saya tumpang sedih atas pemergian anak tercinta,” komen seorang pengguna lain pula.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua anggota polis maut, manakala seorang lagi parah selepas ditembak dan ditetak seorang seorang yang bertindak menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram di sini, awal pagi tadi.

Lelaki yang menyerang balai tersebut turut mati ditembak dalam kejadian kejadian berdarah tersebut.

Motif kejadian serangan ke atas balai polis tersebut dipercayai untuk merampas rampasan senjata api.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, serangan pada pukul 2.30 pagi itu dilakukan seorang lelaki dipercayai anggota Jemaah Islamiah (JI) yang berusia 34 tahun. K Online

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan

Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker