Planet miliki malam siang sepanjang masa ditemui

Planet bersaiz Bumi itu ialah Planet Speculoo 3 b.

Planet miliki malam siang sepanjang masa ditemui

Ahli-ahli astronomi menemui sebuah planet baharu menyamai saiz Bumi pada jarak 55 tahun cahaya, demikian menurut jurnal saintifik, Nature Astronomy seperti laporan portal berita Wion News semalam.

Planet dinamakan SPECULOOS-3 itu mengorbit sebuah bintang kerdil yang sejuk. Planet itu juga mengambil masa cuma 17 jam untuk melengkapkan satu pusingan orbit.

Ini bermakna masa satu tahun di SPECULOOS -3 adalah lebih singkat berbanding sehari di Bumi.

Bintang kerdil itu pula dikatakan dua kali ganda lebih sejuk,10 kali lebih kecil dan 100 kali ganda kurang bersinar berbanding Matahari.

Menurut ahli-ahli astronomi, waktu siang dan malam di SPECULOOS-3 b adalah sepanjang masa.

Ahli astronomi dari Universiti Liege yang merangkap penulis utama kajian, Michael Gillon berkata: “Kami percaya bahawa SPECULOOS-3 berputar ‘berirama’ menyebabkan sebelah planet ini sentiasa menghadap bintangnya dan mengalami waktu siang sepanjang masa, manakala sebelah lagi sentiasa malam, sama seperti Bulan ‘lakukan” pada Bumi.

Bintang kerdil merah yang sangat sejuk itu menyumbang kira-kira 70 peratus daripada semua bintang dalam galaksi kita.

Bintang-bintang tersebut mempunyai jangka hayat sekitar 100 bilion tahun.

Projek SPECULOOS diketuai oleh Universiti Liege dengan kerjasama Universiti Birmingham dan Universiti Cambridge di Britain di samping Universiti Bern dan Institut Teknologi Massachusetts. K Online

Planet miliki malam siang sepanjang masa ditemui

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy

Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah

Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker