#Blockout2024: Awal Ashaari hentam Wardina

#Blockout2024: Awal Ashaari hentam Wardina

Awal Ashaari tampil membidas rakan sesama artis, Wardina Safiyyah yang turut memuat naik senarai nama artis untuk diboikot sempena Blockout 2024.

Menurut Awal, Wardina seharusnya lebih faham komitmen seorang artis dan selebriti dalam kerja mereka. Kerana Wardina sendiri pernah aktif dalam dunia glamor itu.



Dipetik dari Rotikaya – Awal menulis di IG Story: “Sampai ke perhatian saya tentang seorang yang tidak mengenali saya secara peribadi, menyebut nama saya, isteri dan rakan artis yang tiada kaitan langsung dengan diri beliau.

“Mencipta kebencian, cuba memecah-belahkan kami dan warganet dengan menggunakan paksi agama serta isu Palestin yang ternyata berlarutan sejak dahulu.

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram



“Apa motif beliau? Saya terkilan kerana beliau sendiri pernah bergelar artis dan pernah menjadi ambassador kepada jenama-jenama ‘Israhell’ seperti yang ditegaskan beliau. Kenapa sekarang?.”

Awal Ashaari terkilan kerana Wardina Safiyyah tidak memahami kesulitan hidup di negara Malaysia pada hari ini. Dengan ada anak, ibu bapa dan keluarga mertua untuk disara. Selain itu Awal juga menyatakan mereka ada pekerja yang perlu dibayar gaji.

Sebaliknya Wardina dituduh hanya duduk di luar negara dan berselindung di sebalik Instagram milik Israhell dan cuba memecahbelahkan rakyat Malaysia yang rata rata orang Islam.

Di mana Awal Ashaari menyatakan bahawa jiwa rakyat Malaysia sentiasa bersama rakyat Palestin.



Awal juga menyatakan artis yang tak post tentang Palestin bukan bermaksud mereka tidak prihatin. Dia menambah:

“Tak post bukan bermaksud tak prihatin, tak derma bukan bermaksud tak simpati, tak bantu bukan tak berdoa.

“Kita ada cara masing masing masing yang tak perlu dipertikaikan.”

Kempen Blockout 2024 dicetuskan pada hari acara Met Gala 2024 di Amerika Syarikat. Ianya selepas netizen bengang dengan artis yang mereka sokong dianggap sekadar memekakkan telinga mereka tentang isu kemanusiaan yang berlaku di dunia hari ini.



Mereka mahu artis yang mereka sokong selama ini, bersuara untuk kemanusiaan. Netizen mulai mengingatkan sesama mereka bahawa, artis artis dan pempengaruh media sosial ini hidup mewah kerana sokongan daripada peminat mereka.

Peminat yang membeli karya mereka atau melanggan saluran mereka. Peminat juga yang memberikan publisiti kepada mereka untuk menarik tajaan syarikat gergasi.

Netizen mulai melancarkan kempen block selebriti yang dianggap mementingkan diri sendiri ini. Trend itu turut merebak ke Malaysia. Vc

#Blockout2024: Awal Ashaari hentam Wardina



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy



Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah

Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker