Amalan-amalan sunnah di Hari Raya Aidilfitri

EID MUBARAK.

Amalan-amalan sunnah di Hari Raya Aidilfitri

Ramadhan hampir melabuhkan tirai menandakan hari raya Aidilfitri mula menjelma. Oleh itu terdapat beberapa amalan sunnah yang dilakukan Baginda s.a.w. ketika hari raya dan dianjurkan kita melakukannya juga iaitu,

Pertama: Mandi sunat hari raya. Sebelum menuju ke masjid untuk melaksanakan solat hari raya sunnah mandi dengan niat mandi sunat hari raya kerana Allah taala.



Kedua: Memakai pakaian terbaik dan berwangi-wangian. Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. katanya,

“Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami pada dua hari raya untuk memakai pakaian terbaik yang kami ada dan memakai wangi-wangian yang kami punya dan berkorban dengan haiwan paling mahal yang kami punya” (HR al-Hakim)

Ketiga: Makan sebelum solat hari raya. Sebelum pergi ke masjid untuk solat hari raya, kita disunnahkan makan dahulu dan sunnah Baginda adalah makan kurma dalam jumlah yang ganjil.

“Pada ketika aidilfitri, Rasulullah s.a.w. tidaklah berangkat untuk solat sebelum makan beberapa kurma” Murajja bin Raja berkata kepadaku, “Ubaidullah katanya, “berkata kepadaku Anas dari Nabi, “beliau memakannya berjumlah ganjil” (HR Bukhari)



Keempat: Pergi menuju kawasan lapang solat aidilfitri. Solat hari raya di kawasan padang atau lapang adalah sunnah Baginda s.a.w. Namun jika ada halangan seperti hujan, atau padang yang lecak barulah dilakukan di dalam masjid.

Kelima: Menggalakkan anak kecil dan wanita solat aidilfitri. Menurut Ummu ‘Athiyah r.ha.

“Kami diperintahkan Nabi s.a.w. untuk mengeluarkan anak-anak gadis, wanita haid pada dua hari raya iaitu aidilfitri dan aidiladha. Adapun wanita haid mereka terpisah dari tempat solat. Agar mereka boleh menghadiri kebaikan dan doa kaum muslimin. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, salah seorang kami tidak mempunyai jilbab” Beliau menjawab, “hendaknya saudarinya memakaikan jilbab untuknya” (HR Bukhari & Muslim)

Keenam: Mendirikan solat hari raya. Hukum melaksanakan solat ini adalah sunat muakkad.



Ketujuh: Mendengar khutbah hari raya. Jumhur ulama mengatakan bahawa khutbah selepas solat aidilfitri adalah sunnah, dan mendengarnya juga merupakan sunnah. Jadi selepas solat jangan terus balik, tetapi dengarkan dahulu khutbahnya.

Kelapan: Pergi dan pulang dari masjid melalui jalan berbeza. Rasulullah s.a.w. tatkala pergi dan pulang dari masjid usai solat hari raya akan melalui jalan yang berbeza. Antara hikmahnya agar Baginda dapat berjumpa dengan lebih ramai orang yang berbeza.

Amalan-amalan sunnah di Hari Raya Aidilfitri

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya

Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang



Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh

Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker