Makan ubi kayu ganti beras – Johari

Makan ubi kayu ganti beras – Johari

Rakyat di negara ini perlu berani melakukan perubahan untuk tidak terus bergantung kepada nasi sebagai sumber karbohidrat sebaliknya ia boleh diganti dengan sumber lain seperti ubi kayu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, berkata langkah menjadikan ubi kayu sebagai salah satu sumber karbohidrat dilihat mampu menjadi alternatif terbaik sementara menunggu isu bekalan beras putih tempatan (BPT) selesai.



“Kalau beras menjadi isu, apa tujuan beras kita makan…tujuan untuk dapatkan karbohidrat. Saya merasakan ada tak alternatif lain sementara kita nak selesaikan isu beras.

“Contoh saya pernah berbincang dengan beberapa Ahli Parlimen Sarawak, Sarawak tanam ubi kayu yang digunakan sebagai supplement (makanan tambahan), sebab ubi kayu ini khasiatnya hebat dibandingkan dengan gula yang ada dalam beras, ubi kayu jauh lebih rendah.

“Saya ada bincang, kalau kita dapat perkenalkan makanan supplement menggantikan beras..buatlah ubi kayu macam mana pun, sudah tentu, di Sarawak saya difahamkan amat berjaya,” katanya selepas meninjau Program Jualan Termurah Madani di Bandar Perdana di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Task Force Pemantauan (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.



Mengulas lanjut, Johari berkata langkah itu juga boleh menjadi antara jalan keluar daripada kepompong yang sedia ada termasuk tidak membiarkan isu beras mengawal keadaan rakyat di negara ini.

Ini kerana katanya, rakyat di negara ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk menghasilkan sumber makanan sendiri bagi mengurangkan kebergantungan kepada bekalan makanan import.

“Jadi saya rasa sudah sampai masanya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membuka pintu untuk rakyat mengusahakan tanah terbiar, menanam pelbagai sumber makanan seperti sayur-sayuran.

“Apabila penawaran banyak sudah tentu harga akan turun, kita harus ada keberanian untuk mencuba, kadang-kadang kebergantungan kita kepada makanan dari luar negara ini amat hebat, kira-kira setahun lalu kita import dalam bajet hampir RM60 bilion…ini satu jumlah yang besar..tetapi baru-baru ini di Perak, terbukti kita boleh tanam bawang,” katanya.



Sebelum ini media melaporkan BPT masih tidak kelihatan dalam pasaran, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini mengarahkan stok bekalan barang keperluan itu diedarkan ke seluruh negara. HM

Makan ubi kayu ganti beras – Johari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya

Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang



Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh

Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker