Ibu reda kepala bayi tertinggal dalam rahim

Ibu reda kepala bayi tertinggal dalam rahim

JAKARTA – Seorang wanita di Bangkalan, wilayah Jawa Timur akur dan reda menerima kenyataan bahawa kepala bayinya terputus dan tertinggal di dalam rahim ketika proses kelahiran, lapor portal berita Okezone hari ini.

Mukarromah, 25, ketika menceritakan kejadian itu berkata, dia meminta bidan kampung memeriksa keadaan bayinya ketika kandungan memasuki usia sembilan bulan pada 4 Mac lalu.

Namun, bidan memberitahu bahawa bayi tersebut berada dalam keadaan lemah dan kedudukan songsang.

Bidan sama kemudian mengarahkan Mukarromah pergi ke klinik kesihatan setempat untuk mendapatkan surat rujukan hospital.

Namun, dia terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama di klinik kesihatan sebelum surat rujukan dikeluarkan.

Setelah menunggu agak lama, seorang bidan klinik kesihatan memeriksa kandungan Mukarromah dan mendapati bukaannya sudah mencapai ukuran4 sentimeter.

Wanita itu kemudian dipaksa melahirkan anak di klinik kesihatan tersebut, namun dengan keadaan kepala bayinya tertinggal di dalam rahim.

Susulan insiden itu, Mukarromah dihantar ke sebuah hospital untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan kepala bayinya.

Mukarromah tidak menyatakan keadaan proses kelahiran tersebut sehingga menyebabkan kepala bayinya terputus.

Dalam pada itu, pejabat kesihatan daerah dalam satu kenyataan menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa bayi Mukarromah sudah meninggal dunia di dalam rahim kira-kira 10 hari sebelum dilahirkan.

Menurut kenyataan dikeluarkan, disebabkan sudah meninggal dunia dalam tempoh lebih seminggu, jasad bayi dalam kandungan wanita itu mula mereput.

Tambahnya lagi, perkara itu telah disampaikan kepada Mukarromah sebelum kejadian tersebut dan wanita berkenaan sedia maklum bahawa bayi dalam kandungannya sudah tidak bernyawa. K Online

Ibu reda kepala bayi tertinggal dalam rahim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau suami orang menggatal, aku maki terus – Puteri Balqis

Tangkap basah sebab ‘marketing’ drama?

Bukan tangkap basah – Ruhainies

Netizen serang IG Risteena

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker