Sebab Allah pilih Ramadhan bulan wajib berpuasa
Sebab Allah pilih Ramadhan bulan wajib berpuasa
Dalam kalendar Islam terdapat 12 bulan di mana 4 bulan termasuk dalam kategori bulan haram. Dan antara 12 bulan tersebut Allah telah memilih Ramadhan sebagai bulan bagi umat Islam berpuasa wajib di mana setiap saat dalam bulan tersebut dilimpahi dengan rahmat dan keberkatan. Persoalannya kenapa Ramadhan yang dipilih sebagai bulan wajib berpuasa?
Menjawab persoalan ini menurut al-Dahlawi dalam kitabnya “Hujjah Allah al-Balighah” antara sebab utama kenapa Ramadhan yang dipilih sebagai bulan kemuliaan berpuasa kerana pada bulan inilah al-Quran yang menjadi tunjang dan mukjizat agung kepada umat manusia diturunkan.
Hal ini dikuatkan lagi dari al-Razi ketika menafsir surah al-Baqarah ayat 185. Menurutnya alasan mengapa perintah puasa dalam bulan Ramadhan kerana di bulan inilah turunnya tanda ketuhanan (ayat Rabbubiyyah) yang paling agung iaitu al-Quran.
Dan kerana itulah seorang hamba perlu mengabdikan dirinya dengan mengamalkan amalan ibadah sebagai simbolik perhambaan kepada tuhannya. Dan puasa dipilih sebagai amalan ibadah tersebut.
Apalagi dalam ibadah puasa terkandung pelbagai hikmah dan ubat paling mujarab dalam menghilangkan sifat keegoan dan kesombongan dalam diri manusia. Malah amalan puasa itu sendiri merupakan senjata ampuh menahan hawa nafsu.
Selain itu para ulama turut berpendapat bahawa al-Quran diturunkan pada 17 Ramadhan. Bukan Sahaja al-Quran, malah kitab-kitab Samawi lainnya seperti Taurat, Zabur dan Injil juga diturunkan dalam bulan Ramadhan. Dan ini juga yang menjadi dalil kepada kaum Yahudi dan Nasrani berpuasa di bulan Ramadhan.
Sementalah lagi dalam bulan Ramadhan juga Allah mengurniakan kepada hamba Nya lailatul Qadar iaitu satu malam yang sangat barakah yang lebih baik dari seribu bulan. Itu jelas disebutkan dalam surah al-Qadr. Malah dalam sebuah hadis dari Baginda s.a.w. juga mengatakan bahawa bulan Ramadan adalah dikenali sebagai (Sayyid al-shuhur) iaitu penghulu segala bulan.
Walaupun ada yang mentakrifkan hadis ini sebagai dhaif sebagaimana yang disebut oleh Syeikh Masyhur bin Hasan al-Salman dalam kitabnya himpunan hadis-hadis lemah dan palsu namun ia tetap masih boleh diamalkan.
Selain dari itu, kemuliaan Ramadhan juga disebabkan pada bulan itulah umat Islam telah berjaya memenangi perang Badar iaitu perang yang memberi kesan yang kepada Islam. Saat itu jumlah tentera Islam hanyalah seramai 300 orang prajurit yang mendambakan syahid. Sedangkan pasukan tentera musuh mencapai satu ribu orang yang lengkap dengan peralatan perang.
Melihat jurang perbezaan yang ketara antara dua pasukan ini jelas di atas kertas sudah pasti pihak Islam menghadapi kesukaran yang besar apalagi untuk menang. Namun dengan pertolongan Allah akhirnya pasukan yang dianggotai para sahabat Rasulullah s.a.w. ini memperoleh kemenangan. Dan perang inilah yang menjadi penentu kepada dakwah Islam seterusnya.
Dengan banyaknya perkara yang baik dan barakah berlaku dalam bulan Ramadhan inilah, maka ia menjadi asbab mengapa Ramadhan dipilih menjadi bulan menzahirkan ketakwaan umat Islam kepada Allah dengan melaksanakan ibadah puasa. Wallahu a’lam Utv
Sebab Allah pilih Ramadhan bulan wajib berpuasa
Baca Artikel Menarik:
- 30 minit saja dalam kondo – Ruhainies
- Saifuddin mengada-ngada – Sanusi
- Ramasamy mabuk ke apa, soal Dr Akmal
- Saya percaya suami saya – Alyah
- Kasihan Bella, asyik dicurangi
- ‘Save Palestine’ bergema di Oscar
- Syamsul Yusof, pulanglah, orang tua merinduimu
- Pasar raya Mydin terbakar menjelang Ramadan [VIDEO]
- Sarjan Mejar dan koperal ‘ditangkap basah’ ditukar jabatan serta merta
- Shuib intai dalam seluar Watie cari apa
- Pemilik tolak jual Ayam serama Yellow MG walaupun ditawar RM25 ribu oleh pembeli
- Ruhainies Muat Naik ‘IG Story’ Bersama Aliff Aziz Biarpun Isu Mereka Sedang Panas
- Aiman Hakim cuti enam bulan siapkan kerja ubah suai rumah
- Projek empangan air bawah tanah Langkawi hanya angan-angan Mat Jenin
- Indomie produk dari Malaysia, netizen Indonesia bantah sekerasnya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.