Pocong ‘sambut’ lelaki pulang ke rumah

Pocong ‘sambut’ lelaki pulang ke rumah

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan penampakan lembaga putih dipercayai pocong berdiri di atas sebuah tembok di tepi jalan yang sunyi, lapor laman berita Grid Pop semalam.

Dalam video yang dimuat naik di laman Instagram itu, perakam berkata, dia kerap melihat pocong tersebut ketika pulang ke rumah pada waktu dinihari.

“Saya sering pulang ke rumah waktu lewat iaitu antara pukul 2 hingga 4 pagi. Lihatlah, jalan di sini amat sunyi dan gelap. Anda mahu lihat apa ‘plot twist’ (helah) yang berlaku? Mari kita bergerak ke depan,” kata perakam video tersebut sambil menunggang motosikal.

Kelihatan jalan di sekelilingnya sunyi sebelum dia melalui lorong yang gelap.

Tiba di sebuah kawasan, lelaki tersebut menghalakan kamera ke arah tembok di sebelah kanannya dan kelihatan susuk menyerupai pocong berdiri tegak di atas tembok.

“Allahuakbar, dia sering berada di atas (tembok), sering ‘bermain’ di atas. Turun!” katanya.

Tidak dinyatakan lokasi kejadian itu, namun video tersebut mengundang perhatian netizen dengan ramai memberikan pelbagai komen.

“Kenapa selalu berdiri di situ? Sudah jadi penyambut tetamu kah?” kata seorang netizen.

“Seram sangat,” kata pengguna media sosial lain. K Online

Pocong ‘sambut’ lelaki pulang ke rumah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau suami orang menggatal, aku maki terus – Puteri Balqis

Tangkap basah sebab ‘marketing’ drama?

Bukan tangkap basah – Ruhainies

Netizen serang IG Risteena

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker