Berbalas tembakan dengan polis, 3 anggota ‘geng centro’ maut

Berbalas tembakan dengan polis, 3 anggota ‘geng centro’ maut

KUANTAN: Tiga penjenayah dikenali sebagai anggota ‘Geng Centro’ yang disyaki terlibat dalam kes samun dan pecah masuk kedai emas melibatkan jumlah kerugian lebih RM4 juta ditembak mati, dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di KM 17 Jalan Pekan – Kuantan Bypass semalam.

Dua lelaki warga Vietnam dan seorang warga Bangladesh masing-masing berusia 36, 44 dan 38 tahun itu ditemukan maut di dalam kenderaan jenis Proton Waja, dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata di awal kejadian sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor dan Pahang mengesan kereta berkenaan dalam keadaan mencurigakan di kawasan Lembaga Kemajuan Negeri Pahang, Pekan.

Suspek diminta untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan, namun mereka yang dipercayai dalam perjalanan untuk melakukan jenayah di Pekan itu memecut kenderaan untuk melarikan diri.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, suspek menghimpit serta melanggar belakang kenderaan polis sehingga kereta suspek terhenti, dan ketika polis hendak membuat pemeriksaan, secara tiba-tiba suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

“Bagi tujuan mempertahankan diri pihak polis membalas tembakan sehingga suspek tumpas, dan susulan pemeriksaan di dalam kereta, polis menemukan sepucuk pistol jenis Glock 17 beserta tujuh peluru dan tiga kelongsong peluru,” katanya pada sidang media di IPK Pahang.

Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan dimiliki warga Bangladesh itu membawa kepada penemuan beberapa barangan seperti mesin gerudi dan mesin grinder, parang serta tukul besi.

Yahaya berkata dua lelaki warga Vietnam itu mempunyai pasport dan memasuki negara ini sebagai pelawat, manakala siasatan lanjut latar belakang suspek warga Bangladesh masih dijalankan.

Beliau berkata modus operandi yang digunakan penjenayah ini adalah memecah masuk kedai emas melalui pintu hadapan atau belakang serta menebuk peti besi menggunakan mesin grinder sebelum melarikan barang berharga.

Dengan tumpasnya geng berkenaan, Yahaya berkata polis berjaya menyelesaikan enam kes samun dan pecah masuk kedai emas sejak Jun 2023 iaitu masing-masing satu di Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang manakala tiga kes di Perak. FMT

Berbalas tembakan dengan polis, 3 anggota ‘geng centro’ maut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau suami orang menggatal, aku maki terus – Puteri Balqis

Tangkap basah sebab ‘marketing’ drama?

Bukan tangkap basah – Ruhainies

Netizen serang IG Risteena

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker