Orang asli cedera diserang binatang buas

Orang asli cedera diserang binatang buas

SUNGAI SIPUT: Seorang lelaki orang asli cedera diserang binatang buas dipercayai beruang dalam kejadian di Kampung Kelatap, Pos Perwor, di sini, pada Rabu.

Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, remaja berusia 18 tahun itu dikatakan sedang mencari kayu di kawasan berhampiran rumahnya.



Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan lengan.
“Laporan diterima berhubung kejadian remaja lelaki diserang binatang buas ketika keluar mencari kayu.

“Mangsa bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti spesies haiwan yang telah menyerangnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Menurutnya, mangsa telah mendapatkan rawatan awal di Hospital Sungai Siput sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Katanya, laporan polis tersebut dimajukan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.



Sementara itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff mengesahkan menerima maklumat berhubung kejadian itu.

“Pihak kami belum dapat mengenal pasti spesies yang menyerang mangsa berikutan mangsa masih lagi menerima rawatan di hospital.

“Kakitangan akan digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan dan kita menasihatkan penduduk berhampiran supaya lebih berhati-hati dengan tidak masuk ke kawasan semak sendirian,” katanya.-SH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021

Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker