Pencuri kerang Kemboja mengganas

Pencuri kerang Kemboja mengganas

Kuala Selangor: Tidak hanya menceroboh masuk negara ini secara haram malah kumpulan pendatang haram Kemboja dan Thailand turut dikesan aktif mencuri benih kerang di perairan Malaysia.

Buktinya, sembilan individu termasuk enam warga asing berjaya ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor di perairan Kuala Selangor, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.45 petang itu, lapan daripada suspek menggunakan tongkah untuk menangguk dan mencuri benih kerang.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, pasukan peronda Maritim Malaysia yang menyertai Op Ehsan dan Op Tiris 3.0 mengesan semua suspek di pesisir pantai Kuala Selangor.

“Ketika dihampiri, semua suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan. Seorang lelaki bersama kenderaan pacuan empat roda yang menunggu di pesisir pantai turut diberkas.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati tiga daripada suspek adalah warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun. Manakala lima lagi adalah warga kemboja berusia lingkungan 25 hingga 45 tahun dan seorang warga Thailand berumur 26 tahun.

“Pemeriksaan dokumen mendapati semua warga asing itu melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Abdul Muhaimin berkata, pemeriksaan lanjut kemudian menemui lapan guni benih kerang, lapan tangguk dan dua tongkah.

Menurutnya, nilai rampasan benih kerang termasuk kenderaan berjumlah RM 74,800.

“Semua suspek dan hasil rampasan dibawa ke jeti Maritim Negeri Selangor sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut mengikut peraturan -peraturan perikanan (pemuliharaan dan kultur kerang) 2003,” katanya. HM

Pencuri kerang Kemboja mengganas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perang Fatiya, Anju makin panas

Hati dia busuk sangat – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Ketua Polis Negara: “Kalau jumlah cukup ketua parti dah menghadap Agong”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker