Seleweng dana, bekas PM akan dipanggil SPRM

Seleweng dana, bekas PM akan dipanggil SPRM

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki mengesahkan seorang bekas perdana menteri dan bekas pegawainya akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan susulan dakwaan penyelewengan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit.

Dia berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada “perdana menteri kesembilan” akan menjadi orang terakhir disiasat.

“Siasatan lebih kepada bagaimana ia (dana kerajaan) dibelanjakan dan syarikat-syarikat yang mendapat dana. Itu penting.

“Kami telah pun panggil syarikat-syarikat berkaitan.

“(Mantan) PM dan juga mantan pegawai-pegawai yang terdekat dengan dia (akan dipanggil).

“Saya tak ada senarai jumlah yang akan dipanggil tapi tak kurang dari empat individu akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Simposium Tata Kelola Baik Nasional 2024, di Sepang, hari ini.

Katanya, buat masa ini hanya seorang bekas perdana menteri dipanggil.

Walaupun namanya tidak disebut secara khusus, Azam dipercayai merujuk kepada Ismail Sabri Yaakob yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan BN sebelum ini.

Minggu lepas, Malaysiakini melaporkan SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan Ismail.

Selain anggota parlimen Bera, beberapa bekas pegawainya turut disiasat, termasuk pembantu Ismail yang dilantik secara politik ke jawatan kanan di Pejabat Perdana Menteri pada masa itu.

Siasatan itu dilaporkan dibuat empat hari selepas menteri komunikasi merangkap jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata rakyat berhak tahu berkenaan perbelanjaan RM700 juta untuk iklan dan publisiti oleh dua pentadbiran terdahulu.

Pada November lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak RM700 juta dibelanjakan antara 2020 dan 2022 untuk menunjukkan pencapaian kerajaan.

Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebanyak RM500 juta dibelanjakan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin dari 2020 ke 2021, manakala RM200 juta lagi ketika pentadbiran Ismail (2021-22).

Siasatan dibuat bawah Akta SPRM 2009.

Seleweng dana, bekas PM akan dipanggil SPRM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker