Tiga syiling miliki nilai sejarah bakal dilelong sejuta pound

TIGA keping duit syiling Britain yang jarang ditemukan, akan dilelong dalam satu acara diadakan oleh Heritage Auctions.
Kesemua syiling itu yang memiliki nilai sejarah tinggi, dijangka meraih hasil jualan lebih sejuta pound (lebih RM5.8 juta) dalam acara lelongan tersebut.
Lapor Daily Mail, bahan pertama bakal dipamerkan merupakan duit syiling perak bercorak mahkota Raja Charles II yang dinilai oleh pelelong pada harga 400,000 pound (RM2.32 juta).
Anggaran jualan sama turut dibuat untuk duit syiling emas Raja Henry III bernilai 20 pence.
Namun, duit syiling emas lima guinea bercorak lakaran Ratu Anne yang berasal dari tahun 1706, pula dianggarkan pada harga 240,000 pound (RM1.39 juta).

Acara lelongan Heritage Auctions akan diadakan di Dallas, Texas.
Dalam acara itu, syiling perak bercorak mahkota Raja Charles II yang direka oleh Thomas Simon pada tahun 1663, dijangka menjadi perhatian para tetamu yang hadir.
“Ia menunjukkan profil sisi Raja Charles II dan menampilkan inskripsi Simon yang merayu untuk dipilih sebagai ketua pengukirnya.
“Raja sebaliknya memilih keluarga Rottier untuk peranan itu dan hanya beberapa ‘rayuan’ Simon yang diterima,” jelas laporan itu.
Selain itu, duit syiling emas Raja Henry III bernilai 20 pence dilaporkan berasal dari tahun 1257.
Syiling emas itu dipercayai memaparkan lakaran ‘potret pertama sebenar’ raja Inggeris pada mata wang.

“Ia menggambarkan Raja Henry II memakai mahkota sambil memegang tongkat di tangan kanan,” jelas laporan.
Duit syiling emas menampilkan sisi tepi Ratu Anne pula dipercayai berasal dari tahun 1706.
Ketiga-tiga syiling berkenaan dihantar oleh pengumpul peribadi yang berasingan.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Numismatik Antarabangsa di Heritage Auctions, Cris Bierrenbach memaklumkan syiling mahkota Raja Charles II adalah amat terkenal dan sangat dicari.
Katanya, syiling berkenaan disimpan oleh pengumpul dari Eropah selama lebih 50 tahun.
Malah, jelas Bierrenbach, syiling bersejarah itu merupakan antara yang terbaik pernah ada.
Menurutnya, seni artistik yang terdapat pada duit syiling zaman awal itu amat mengagumkan,
“Kami mempunyai alasan kukuh memikirkan bahawa syiling itu boleh dikesan kembali ke lelongan firma Sotheby pada tahun 1903.
“Malah, kami menjangkakan selepas 120 tahun, syiling itu akan mendapat bidaan tinggi lagi, selain menjadi bahagian penting dalam koleksi barang-barang British yang jarang ditemukan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker